CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jangan kau kejar orangnya’ – Erma Fatima diserang peminat artis

4-4-2026 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1159| Komen: 4

 

Biarpun tidak menyebut nama mana-mana pihak, pengarah dan penerbit sensasi Erma Fatima berdepan kecaman melampau netizen selepas memuat naik status berbaur nasihat di gelanggang media sosial.

Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali menerusi Threads menulis dengan maksud mendalam berbunyi: “Jika ada orang melemparkan api ke rumah kau, jangan kau kejar orangnya.”

Menerusi hantaran sama, pengarah filem Embun itu mengajak orang ramai agar supaya tidak berkelahi sesama sendiri.

“Padamkan saja api itu, rumah kau akan selamat.

“Jika ada orang melemparkan api kedalam hati kau, padamkan saja api hati kau, agar kau selamat.

“Zaman semakin mengajar manusia hilang empati,” coretnya lagi.

Perkongsian status tersebut menjemput berbakul-bakul cacian daripada netizen yang tak usul periksa mengaitkan kenyataan terbabit tentang kemelut yang melibatkan dua selebriti Fattah Amin dan bekas isterinya, Nur Fazura.


“Engkaulah yang hilang empati, itu sebab kau buat drama menganjing Fazura, lupa ke?

“Itulah yang Fazura buat sepanjang diperli dihina. Dia padamkan api dan selamat. Yang lemparkan api pula makin serabut,” demikian antara komen netizen.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ex parte difailkan Fattah terhadap Fazura telah ditolak mahkamah.

Peguam mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan, keputusan dibuat Hakim Yang Arif Tuan Salehan pada 31 Mac lalu selepas meneliti permohonan berkenaan.

Tambahnya, kes tersebut difailkan awal Februari lalu dan hanya Fattah hadir ketika sebutan kes memandangkan prosiding dijalankan secara sebelah pihak.

“Mungkin ada situasi tertentu seperti anak penat atau terlewat kerana kelas mengaji, namun secara keseluruhan, hak lawatan masih dipatuhi. Malah, tahun ini anak mereka sempat beraya bersama bapanya,” katanya.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura berpisah secara talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Hak penjagaan penuh anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberi hak lawatan termasuk bermalam dua kali sebulan serta pertemuan tiga kali seminggu.  

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 4-4-2026 10:59 AM
Edited by KBW2 at 4-4-2026 11:07 AM

Dia ni bukan tarak empati jah, ceromin pun tarak.
Quote prince_marhaen 6-4-2026 08:43 AM
Dah bersuara dah mak lampir industri.... dia akan defend jantan2 sajooo... feeling2 bijik dia lega lepas acah2 puji2 keluar ayat neutral tak sokong mana2. Tiga beradik lampir, seekor separuh kuda, seekor dagu cangkul.
Quote Insomniacs 6-4-2026 11:51 PM
Dia sendiri suka nyibuk hal rumahtangga retis dgn drama menyindir dia, ada hati nak sembang pasal jgn kejar org yg lempar api. Sendiri jadik batu api tapi nak acah2 baik.
Quote gideoncross 6-4-2026 11:58 PM
prince_marhaen replied at 6-4-2026 08:43 AM
Dah bersuara dah mak lampir industri.... dia akan defend jantan2 sajooo... feeling2 bijik dia lega l ...

Mak Lampir Industri hahahahah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.105638 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top