CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma Maembong Terkilan DJ Kidd Umum Berpisah Secara Terbuka, Tak Tutup Pintu Jodoh

3-4-2026 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2957| Komen: 32

 


Pelakon Emma Maembong terkilan apabila bekas kekasihnya, DJ Kidd memaklumkan mengenai perpisahan mereka secara terbuka.

Memetik mStar Online, Emma berkata dia sebolehnya mengelak dan tidak selesa berkongsikan hal peribadi kepada umum.

“Kalau boleh saya memang nak mengelak dan tidak suka sangat nak berkongsi, tetapi memandangkan dia pun sudah buat kenyataan, jadi kita ikutlah.

“Adalah sedikit rasa terkilan (bila DJ Kidd keluarkan kenyataan itu), tapi nak buat macam mana kan? Kita tidak boleh kawal hati orang. Jadi, apabila perkara ini terjadi, saya pun kena reda dan terima sahaja,” katanya.

Sementara itu, Emma berkata meskipun cinta mereka sudah berakhir namun hubungan mereka baik sahaja serta tidak menolak seandainya bertemu jodoh kembali.

“Kami ada berhubung sebab bagi saya, hidup ini singkat sahaja. Saya pun tidak suka bermusuh atau marah-marah.


“Kalau ada jodoh balik, adalah. Kalau tiada, nak buat macam mana kan?” katanya.

Meskipun gagal dalam hubungan cinta, Emma berkata perkara itu tidak membuatkan dia rasa trauma kerana pengalaman dilalui menjadikan dirinya lebih matang.

“Semakin saya besar, semakin saya matang. Setiap orang yang dipertemukan dengan kita itu mesti bersebab.

“Nak trauma itu tak adalah dramatik sangat. Nak cakap trauma pun tak adalah, saya pun dah pernah berkahwin dan pernah gagal juga,” katanya.


Sumber – mStar Online, ROtikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedak_Carrie 4-4-2026 02:23 AM
Oklah umum secara terbuka.
Dahhh seblm ni pic2 mesra ke sana ke sini pun dok share merata boleh pulaks?

Quote bedahmenjuyah 4-4-2026 09:39 AM
Semakin saya besar, semakin saya matang. Laaa budak tecit ke. Anak dah dua. Sib baik ko lawa walaupun bimbo huhu...
Quote Minami2013 4-4-2026 04:50 PM

[tiktok]7624154959315062023[/tiktok]

Quote mehmet 4-4-2026 05:05 PM
Dia sendiri claim kawan shj. Gamvar peluk2 gesel ketet.
Quote bottombikini 4-4-2026 05:05 PM
org kena dtg menyembah dia eh
Quote MissVixen 4-4-2026 05:39 PM
Kenapa si emma nak terasa? Bukan dia ke claim kawan biasa je?
Quote sayawifenikmie 4-4-2026 05:42 PM

jeles ke u?baisa ke main ramah dan mesra peluk cium
yg ni olok2 tak nampak
Quote Minami2013 4-4-2026 05:47 PM
Edited by Minami2013 at 4-4-2026 09:53 AM
sayawifenikmie replied at 4-4-2026 09:42 AM
jeles ke u?baisa ke main ramah dan mesra peluk cium
yg ni olok2 tak nampak


Tak de jeles pun chuols. Elok je emma jumpa dgn bella kan. Apa yg chuols nmpak sampai sentap?
Quote sukanyanyi 4-4-2026 06:43 PM
Masa kapel, bangga umum he was with ema. Lepas break pun mcm bangga dh break ngn ema. Yela sbb she is ema maelambung kan. Alahai ema, he's not worth it kot. Sorry not sorry, move on lah kat a better guy
Quote sukanyanyi 4-4-2026 06:44 PM
Edited by sukanyanyi at 4-4-2026 06:46 PM

Or solo2 ajelah dulu mcm pajura. Ni copek sgt nak berkapel semula. Sume org saspek dj ni rebound sheols ajer. So ok dah kuarkan dari sistem, pasni leh fokus diri sendiri, anak2 n career. Plakon popular latest abp kot..
Quote chinchan78 4-4-2026 07:05 PM
sukanyanyi replied at 4-4-2026 06:44 PM
Or solo2 ajelah dulu mcm pajura. Ni copek sgt nak berkapel semula. Sume org saspek dj ni rebound she ...

Hope Emma fokus dgn karier n ank2 je... btw suka sgt tgk lakonan sheols sbg orked kat tv3.. semoga ending nanti Orked dgn Mikael... X nak sheols get back dgn supian
Quote sukanyanyi 4-4-2026 07:21 PM
chinchan78 replied at 4-4-2026 07:05 PM
Hope Emma fokus dgn karier n ank2 je... btw suka sgt tgk lakonan sheols sbg orked kat tv3.. semoga ...

Alamak orked ni dlm cite ape? Muka sheols masih laku di mana2 kan n dgn mcm2 hero, sama ada baru atau lama.. meols actually dh lama tak folo sgt drama tp kalo sebut yg mana tu tau la jgk sbb tertengok iklan..
Quote chinchan78 4-4-2026 07:37 PM
sukanyanyi replied at 4-4-2026 07:21 PM
Alamak orked ni dlm cite ape? Muka sheols masih laku di mana2 kan n dgn mcm2 hero, sama ada baru a ...

Drama tv3 kol 10 ... inspired kisah cik epal dgn samtot hero dia jazmy... Ada Nazrief nazrie n Azira juga... Suka tgk Emma n Nazrief ... Serasi gitu
Quote sukanyanyi 4-4-2026 09:31 PM
chinchan78 replied at 4-4-2026 07:37 PM
Drama tv3 kol 10 ... inspired kisah cik epal dgn samtot  hero dia jazmy... Ada Nazrief nazrie n  ...

Ooo yg tu.. menarik gila walau sekadar tgk iklan.. cuma yg meols tak minat dlm cast dia nazrief tu..
Quote chinchan78 4-4-2026 11:01 PM
sukanyanyi replied at 4-4-2026 09:31 PM
Ooo yg tu.. menarik gila walau sekadar tgk iklan.. cuma yg meols tak minat dlm cast dia nazrief tu ...

Tp watak nazrief paling best.. green flag.. sblm ni mmg iols pun x suka nazrief ni tp lps tgk cite tersuka plak dgn watak dia...kaya, gentleman,soft spoken n setia sbb sanggup tunggu Emma sampai jd janda
Quote L.U.S.M 5-4-2026 12:25 AM
Emma ni blh thn playgirl eh
Quote L.U.S.M 5-4-2026 12:27 AM
chinchan78 replied at 4-4-2026 07:37 PM
Drama tv3 kol 10 ... inspired kisah cik epal dgn samtot  hero dia jazmy... Ada Nazrief nazrie n  ...

Celah mana inspired kisah epal masam tu?
Epal masam buruk gendut jual ubat tek tp sendiri pun renovate sana sini
Ex laki si azira tu toxic...ex laki indon tu toxic celah mana
Sumpah xsama langsung...
Quote AWEKSAMURAI 5-4-2026 01:45 AM
Minami2013 replied at 4-4-2026 04:50 PM

Kemek dari zaman berlaki hp berjahit kat tangan... Saddiq baru skit je kemek tunjuk tu ..
Quote ninja boy 5-4-2026 08:14 AM
Elok la terus terang dari kena sidai

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.035797 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top