CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden Trump pecat Peguam Negara, Pam Bondi yang merupakan sekutu lama beliau

3-4-2026 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 801| Komen: 5

 


WASHINGTON – Presiden Donald Trump memecat Peguam Negara Amerika Syarikat(AS), Pam Bondi  yang merupakan  sekutu lama dan pembela setia pentadbiran beliau, lapor Perbadanan Penyiaran British(BBC) semalam.

Trump memuji Bondi dalam catatan di laman sosial rasmi, Truth Social dan berkata, beliau akan ‘bertukar’ kepada peranan dalam sektor swasta.

Tempoh Bondi mengetuai Jabatan Kehakiman sering dibayangi oleh cara beliau mengendalikan pembebasan fail berkaitan Jeffrey Epstein dan penyiasatan ke atas pesalah seks tersebut.

Bondi adalah pegawai pentadbiran Trump kedua yang dipecat dalam tempoh beberapa minggu selepas Kristi Noem ditamatkan perkhidmatan sebagai ketua keselamatan dalam negeri pada Mac lepas.

Wanita itu akan digantikan oleh bekas timbalannya, Todd Blanche.

Bondi berkata,  beliau akan bekerja keras untuk memindahkan tugas  kepada Blanche, sambil menambah, khidmatnya sebagai Peguam Negara ‘merupakan penghormatan’ seumur hidup.


Menurut wanita berkenaan, beliau akan ‘terus berjuang untuk Presiden Trump dan pentadbirannya’.

Pengumuman itu dibuat kurang dua bulan selepas sesi soal jawab Kongres yang agresif.

Awal semalam,  Trump mempertahankan Bondi dengan berkata: “Beliau seorang yang hebat dan melakukan tugas dengan baik”.

Bagaimanapun, Trump dilaporkan semakin kecewa dengan Bondi, terutamanya mengenai pengendalian fail Epstein.

Apabila Bondi mengangkat sumpah jawatan pada Februari 2025, beliau berjanji untuk telus mengenai kes Epstein dan menyiarkan senarai pelanggan pesalaah seks itu yang meninggal dunia pada 2019.

Jabatan Kehakiman  kemudiannya berkata, senarai sedemikian tidak wujud.

Akhirnya, berjuta-juta fail berkaitan Epstein disiarkan di bawah tekanan dan hanya selepas Kongres meluluskan rang undang-undang menghendaki Jabatan Kehakiman membenarkan fail Epstein dibuka kepada orang awam. – AGENSI  

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 5-4-2026 12:46 AM
Buang tebiat kut kan?.

Dah nak.mamposss!

Quote plywood 5-4-2026 09:26 AM
Tersepit...nak telus atau nak tolong trump...
Quote zorrro_03 5-4-2026 11:35 AM
moga mampus semua paksi jahat dajjal
Quote tumpanglalu74 5-4-2026 01:20 PM
plywood replied at 5-4-2026 09:26 AM
Tersepit...nak telus atau nak tolong trump...

Bimbo mabok ketom..  Wait for it at the end:

[twitter]https://twitter.com/masuzafi/status/2040470617514729713[/twitter]
https://x.com/masuzafi/status/2040470617514729713
Quote manopBKK 5-4-2026 10:21 PM
Semua ni kambeng hitam je... sama cam pencacai @ tukang cuci tahik Jibby.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.071777 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top