CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Papa mohon maaf buat kamu rasa tidak dipedulikan’ - Norman Hakim

3-4-2026 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1813| Komen: 19

 


 Melihat dan menghargai usaha keras anak untuk berjaya dalam akademik, pelakon Norman Hakim menzahirkan rasa bangga terhadap Maria Danisha yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 50, juga memohon maaf sekiranya pernah membuatkan puteri bongsu kesayangannya itu berasa terpinggir dan tidak dihargai.

“Untuk anak kesayangan papa, Maria Danisha, papa mohon maaf jika pernah buat kamu rasa tidak dipedulikan. Tetapi ketahuilah, papa nampak kamu.

“Papa nampak usaha, kekuatan serta kesabaran kamu dalam memberikan yang terbaik untuk SPM 2025,” katanya dalam Instagram.

Tambah pelakon drama Jangan Ambil Kerja Tuhan itu, anaknya layak menikmati kejayaan diraih selepas melalui pelbagai cabaran termasuk perjuangan senyap tidak diketahui ramai.

“Papa ingin ucapkan tahniah atas keputusan cemerlang kamu. Setiap usaha, termasuk perjuangan dalam diam, akhirnya membuahkan hasil.

“Itu bukan pencapaian kecil. Papa sangat bangga dengan kamu. Kamu tidak perlu tanggung segalanya seorang diri.

“Perasaan kamu penting, usaha kamu penting dan kamu sangat bermakna. Papa akan sentiasa ada, berdiri di sisi dan percaya pada kamu. Papa sayang kamu selamanya,” tuturnya.

Sebelum ini, perkongsian Maria Danisha, 18, mencetuskan tanda tanya apabila seolah-olah meluahkan rasa kurang diberi perhatian meskipun berjaya dalam SPM.

Pun begitu, dalam hantaran berbeza, anak kepada pelakon Abby Abadi itu menjelaskan luahan tersebut tidak berkait dengan isu keluarga, sebaliknya lebih kepada perasaan peribadi dilaluinya sepanjang tempoh berkenaan.  

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 4-4-2026 09:44 PM
Masing2 xreti Whatsapp..semua kena post...family batak attention..jantan dayus..ank plk problematic
Quote DeLuna85 4-4-2026 10:07 PM
Sebab cemerlang spm je dia post. Kalau tak yang ni memang mcm tak wujud je.
Quote cm_vungtau 4-4-2026 10:45 PM
Edited by cm_vungtau at 4-4-2026 11:52 PM

Papa toto
Quote bottombikini 5-4-2026 08:19 AM
papa sibuk buat badan

Quote Shinichikudo 5-4-2026 08:38 AM
okay la sekurang2 nya si bapak lembik ni buat post xde la gaslight anak macam yebbi tu. it's all about me me me. paham la napa anak2 pompuan bawah jagaan yebbi kengkonon terpaling mak tu jadi mcm rebel je semua.
Quote NonaNaga 5-4-2026 09:01 AM
Dah 20 tahun lebih dah kezzah normiang yebbie di media2
Quote borrow 5-4-2026 12:33 PM
sbb acik yebbi tak abih2 nk pertahankan diri siap ngumpat anak , post vid ibu lahirkan tuan . Ai suka norman up post gini. At least Maria tadelah mcm alone gitew. Byk juga ibu2 yg ego melangit , sedangkan tak salah pun minta maaf klo anak rasa terluka.
Quote cmf_premierleag 5-4-2026 12:47 PM
Aku lagi la x penah sedar pun kewujudan maria ni..tau2 je dpt spm cemerlang
Syabas Maria
Pegi je smbg study kt obersi, lps tu keje kat sana terus n kawen je foreigner..tinggalkan je family toksik ko ni sume
Balik sekali sekala je bila rs nk blk msia nih
Quote EncikRhoma 5-4-2026 12:58 PM
korang dok kutuk2 norman korang tengok..norman lagi matang bagi statement. Dia tak merentan pun. Abby siap merentan salahkan anak dia. Sama la dengan kes marissa tu. Norman ambil pendekatan selesaikan secara dalaman keluarga. Tak perlu merentan di media sosial hal keluarga. Bukannya norman tak peduli hal keluarga tapi dia tau hal keluarga tak perlu diwar-warkan di sosial media macam abby buat. Orang salahkan abby sebab abby yg selalu merentan
Quote thyme2 5-4-2026 02:18 PM
Aku mengikuti kes Abby-Norman-Memey ni dari zaman gosip sampai ke angkut tilam etc. Nampaklah Norman & Memey berubah ke arah yang lebih positif (perangai). Abby pulak macam berada di takuk yg sama, masih merasakan dirinya paling teraniaya. Memang dia teraniaya dulu, dah banyak tahun ni, anak pun dha besar, dah dahlah guna card victim tersebut. Adibah (ex madu ML) pun teraniaya, tapi nampak dia move on dengan positif sekali.

Paling aku suka ttg Memey ni, anak nampak terurus bila dengan Memey. Nampak Memey ni cuba sebaiknya utk tak bezakan anak.
Quote cm_vungtau 5-4-2026 05:11 PM
EncikRhoma replied at 5-4-2026 12:58 PM
korang dok kutuk2 norman korang tengok..norman lagi matang bagi statement. Dia tak merentan pun. Abb ...

Sebab bukan dia yang didik anak of course la dia tak merentan dia lari bawak toto masa bakyah mengandung budak ni. Gila dia nak merentan
Quote selipar_hijau 6-4-2026 08:05 AM
NonaNaga replied at 5-4-2026 09:01 AM
Dah 20 tahun lebih dah kezzah normiang yebbie di media2

selagi diorg hidup, selagi itu laahhh
Quote prince_marhaen 6-4-2026 08:45 AM
Mak Pak buat post lepas anak dia post kesedihan, manakala pak tiri yang pendiam dan didiamkan bakyah tu awal2 dah wish congrats dengan tenang.
Quote kayujaras 6-4-2026 09:05 AM
cantik cantik anak norman abby ni
Quote caprisonne 6-4-2026 09:07 AM
Sudahlah bapak fail
Quote da_vinci 6-4-2026 09:15 AM
mmg pttpun Maria terasa disisih, mak sebok megah kan akk cantik jelita, apak lak tinggalkan anak2 gitu jer dah sebok ngan bini baru, bena badan bla..bla...gi further study dik ke oversea, kerja sana...balik raya jer...
Quote Dysania@72 6-4-2026 09:17 AM
kenapa aku geli tengok normiang ni? memang nampak miang kan rupanya? yihhhhh
Quote ragazza 6-4-2026 09:19 AM
prince_marhaen replied at 6-4-2026 08:45 AM
Mak Pak buat post lepas anak dia post kesedihan, manakala pak tiri yang pendiam dan didiamkan bakyah ...

Didiamkan bakyah

Quote prince_marhaen 6-4-2026 09:36 AM

Hahahahaha sebab iols tengok asal keluar je gambar laki Bakyah dekat soc-med atau dekat berita hiburan muka macam bingung2 gitu takut nak bercakap... hahaha..sian.. tapi dia yang awal2 post IG wish congrats.... si Bakyah kul 3pm baru nak tanya result anak.. hahaha.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top