CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fadhlina Sidek ambil tindakan saman fitnah - “Fitnah yang dilemparkan ke atas saya ini amat serius"

3-4-2026 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1097| Komen: 10

 


PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan telah mengadakan pertemuan bersama pasukan peguamnya hari ini bagi membincangkan tindakan undang-undang berhubung dakwaan fitnah terhadap beliau sebelum ini.

Menurutnya, dakwaan kononnya beliau melarang laungan takbir dan bacaan qunut nazilah adalah satu fitnah yang berat serta tidak bertanggungjawab.

“Fitnah yang dilemparkan ke atas saya ini amat serius dan tidak boleh dipandang ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Fadhlina berkata, tindakan saman fitnah yang diambil adalah bertujuan untuk membersihkan namanya selain memberi pengajaran kepada mana-mana pihak agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan tuduhan tidak berasas.

“Tindakan undang-undang ini penting untuk memastikan kebenaran ditegakkan dan menjadi peringatan kepada semua agar lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat,” ujarnya.


Beliau dalam masa sama turut merakamkan penghargaan kepada barisan peguamnya yang telah membuat segala persiapan bagi prosiding saman tersebut.

“Terima kasih kepada pasukan peguam saya atas komitmen dan persiapan rapi dalam mengendalikan kes ini,” katanya.  


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 4-4-2026 09:17 AM
ermmmm
Quote Tinot7 4-4-2026 09:21 AM
Doa qunut nazilah tu hat yg mana..
Quote axl_bach 4-4-2026 10:04 AM
Tinot7 replied at 4-4-2026 09:21 AM
Doa qunut nazilah tu hat yg mana..

Yg MP Jasin baca tu....
Quote Blu3butter 4-4-2026 12:48 PM
Bila punya kes?
Quote asamfish 4-4-2026 01:53 PM
yes!  saman!
Quote Decaffeinated 4-4-2026 02:36 PM
dalam forum pun ramai acik haters

mata dia pun jadi isu tapi yang itu tak boleh saman kot

Quote TomyamPuteh 4-4-2026 03:53 PM
Saman je la Kak .Hayat politik ko pun tak lama dh tu.
Quote Firenzza 4-4-2026 08:21 PM
Apesal muntri gomen skg cepat koyak? Time jd pembanggang dulu pun benda sama yg korang buat jugak
Quote airfilterkotor 4-4-2026 09:13 PM
Saman orang ni kaa?

link: Dakwaan larang takbir, qunut nazilah di sekolah: Fadhlina beri 48 jam kepada Ahli Parlimen Jasin, Harakahdaily

Dah boleh buka GoFundMe Tabung Melo la nampaknya. Biar awai tak kalut.
Quote Apoo 4-4-2026 09:31 PM
airfilterkotor replied at 4-4-2026 09:13 PM
Saman orang ni kaa?

link: Dakwaan larang takbir, qunut nazilah di sekolah: Fadhlina beri 48 jam kep ...

Pas dan fitnah, berpisah tiada.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.460928 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top