CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Honda City didakwa langgar penunggang motosikal putus kaki, patah tangan

3-4-2026 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1117| Komen: 15

 


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kereta yang tular dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dan dua buah motosikal awal pagi semalam, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan memandu secara melulu.

Bagaimanapun Tertuduh, T.S Kugenthiran, 25, mengaku tidak salah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tengku Syazwany Yasmin Tuan Roslan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Kugenthiran didakwa memandu secara melulu yang merbahaya kepada Muhammad Afiq Zayani Azliyuszaini, 24, dan Muhammad Hairy Abdul Rahman, 19,.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sultan Ismail dari arah pusat bandar menghala ke arah Tuanku Abdul Rahman di sini pada 4.30 pagi pada 2 April lalu (semalam).

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun serta denda maksimum RM15,000 selain hilang kelayakan lesen memandu maksimum dua tahun.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurbatrisyia Mohd. Razib menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun peguam, Ahmad Nadzli Rizal yang mewakili tertuduh memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan.

“Mohon jaminan pada jumlah minimum memandangkan tertuduh tidak mempunyai risiko melarikan diri selain memberikan kerjasama baik dengan pihak polis,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Terdahulu media melaporkan dua penunggang motosikal cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan yang disyaki melanggar lampu isyarat merah di Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 4.27 pagi itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun cedera putus kaki kiri, manakala seorang remaja lelaki berusia 19 tahun patah tangan dan kaki kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City dan dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR. – KOSMO! ONLINE


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 4-4-2026 12:06 AM
Type i lg
Quote PULANGKAN 4-4-2026 01:07 AM
24 tahun, sampai putus kaki mangsa.. oku seumur hidup. celaka punya driver. ni pun berat dah sama macam membunuh.

sebat, penjara, denda semua maksimum, pastu batalkan lesen memandu

kalau ikutkan, kaki dia pun selayaknya dipotong juga, gerammmmmm
Quote pengecatbintang 4-4-2026 01:17 AM
Kicap MIC

komponen Bee End

geng Umngok
Quote Blu3butter 4-4-2026 12:51 PM
Makin berleluasa kes langgar mabuk ni. Bila le kerajaan nak bagi hukuman kaw2. Nak tunggu apa lg agaknya
Quote silance 4-4-2026 02:43 PM
Semoga pendakwa akan lawan all out untuk pastikan hanat tak terlepas.
Quote Decaffeinated 5-4-2026 01:46 PM
Blu3butter replied at 4-4-2026 12:51 PM
Makin berleluasa kes langgar mabuk ni. Bila le kerajaan nak bagi hukuman kaw2. Nak tunggu apa lg aga ...

Baca di mana kata dia mabuk?
Quote ardent91 5-4-2026 03:04 PM
puak rentung lagi...
Quote B40tastePosh 5-4-2026 05:34 PM
Polis sekarang malas buat roadblock waktu malam, suka buat time office hour.
Quote Blu3butter 5-4-2026 10:11 PM
Decaffeinated replied at 5-4-2026 01:46 PM
Baca di mana kata dia mabuk?

Aiol tgk kat TikTok ada komen bgth
Quote hyie 6-4-2026 12:33 AM
Blu3butter replied at 4-4-2026 12:51 PM
Makin berleluasa kes langgar mabuk ni. Bila le kerajaan nak bagi hukuman kaw2. Nak tunggu apa lg aga ...

bila ahli keluarga terdekat menteri2 kena langgar macam ni, barulah diorang bagi hukuman kaw2 tu...dan on the spot ya!
Quote Decaffeinated 6-4-2026 07:39 AM
Blu3butter replied at 5-4-2026 10:11 PM
Aiol tgk kat TikTok ada komen bgth

'... didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan memandu secara melulu.'

Kenapa tak tuduh memandu dibawah pengaruh alkohol, prosecutor terlepas pandang?
Quote TOPwind 6-4-2026 06:17 PM
Sepatutnya tajuk tulis

Pemandu Keling Pariah Mabuk langgar Melayu
Quote FOTHER-MUCKER 6-4-2026 11:41 PM
Adakah di Malaysia terlalu mudah untuk mendapatkan lesen memandu? Kenapa Malaysia gomen tak mau belajar dari negara eropah seumpamanya?
Quote Blu3butter 7-4-2026 12:22 AM
hyie replied at 6-4-2026 12:33 AM
bila ahli keluarga terdekat menteri2 kena langgar macam ni, barulah diorang bagi hukuman kaw2 tu.. ...

Teringat suatu ketika dulu
Kayjay jatuh terus dpt jln baru
Quote Blu3butter 7-4-2026 12:24 AM
Decaffeinated replied at 6-4-2026 07:39 AM
'... didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan memandu secara melulu.'

Kenapa tak ...

Byk sgt kes skrg ni... Aiol silap yg mana satu kot. Kompius mak nyahhhh
Takpe la janji dah langgar bg hukuman kaw2. Kot boleh buat mcm kat Thailand nun dah langgar ko sara le family mangsa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036329 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top