|
Penyanyi Athalia Deena mendedahkan adiknya, Ariana Deena pernah melalui detik hitam apabila dibuli ketika masih bergelar pelajar di sebuah sekolah. Athalia atau nama sebenarnya Athalia Deena Baswani, 23, mendakwa situasi menjadi lebih parah apabila seorang guru didakwa melampaui batas profesional dengan memantau kehidupan peribadi keluarganya dalam media sosial sebelum menjadikannya bahan sindiran di dalam kelas. “Pernah sampai tahap melampau, adik saya tak hadir ke sekolah tetapi cikgu itu ‘stalk’ Instagram kami dan mama. “Keesokan hari di sekolah, dia sindir adik saya di hadapan kelas. Situasi itu sangat toksik sehingga mama buat keputusan cari sekolah lain dan pindahkan kedua-dua adik saya,” katanya kepada Kosmo! Online. Tambah pelantun lagu BF Green Flag itu, tekanan dialami memberi kesan emosi mendalam sehingga Ariana mengalami serangan panik serta hilang fokus dalam pelajaran.
“Adik perempuan saya sangat komited dalam akademik, memang antara terbaik dalam keluarga. “Tetapi di sekolah lama, dia hilang fokus dan mula mengalami kegelisahan setiap kali pulang dari sekolah. “Ada masa dia tidak mahu ke sekolah kerana tekanan. Selepas berpindah, semuanya kembali baik. Akademik semakin meningkat, dia juga sudah tiada rasa cemas dan nampak lebih gembira,” ujarnya ujarnya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP anjuran Indigitals di sini, semalam. Menurut Athalia, insiden dialami adiknya berkemungkinan berpunca daripada perhatian terhadap keluarga mereka memandangkan ibu mereka, penyanyi Sharifah Zarina serta dirinya dikenali umum. “Mungkin tekanan datang sebab mereka ada kakak dan ibu dikenali ramai. “Saya pesan pada mereka, abaikan orang dengki, tetapi jangan pula berlagak hanya kerana nama keluarga,” jelasnya. Bukan itu sahaja, Athalia mengakui pernah berdepan pengalaman hampir sama ketika kecil, malah menerima ugutan bunuh daripada rakan sendiri. “Sejak kecil saya juga pernah dibuli. Mama pernah datang ke sekolah sebab saya terima surat ugutan bunuh. “Rupanya surat itu ditulis oleh kawan baik sendiri,” dedahnya. Terdahulu, Sharifah Zarina meluahkan rasa syukur apabila Ariana meraih keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus membuktikan kejayaan mampu diraih selepas melalui fasa sukar. Sebelum itu, Ariana juga pernah berkongsi pengalaman dipandang rendah oleh seorang guru sehingga pernah digelar ‘bodoh’ hanya kerana minatnya terhadap nyanyian serta aktif dalam media sosial. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
KellyCho replied at 5-4-2026 03:18 PM
Halah halah. Mak ko xda la femes mana. Ko apatah lagi. Nak jugek claim dikenali. Geli aih
L.U.S.M replied at 5-4-2026 10:48 AM
Halah halah...itu pun nk cerita..cikgu tu bagus la..amik berat
Ko nak kata ko power bljr sbb tu ko ...
brainbiru replied at 6-4-2026 08:01 AM
Laaaa... cikgu ambik berat or nak siasat lah kot kan kau ponteng kenapa.. kenapa benda tu salah?
...

adelea replied at 4-4-2026 09:57 AM
Some teacher mmg stupid …
Masa i darjah 2 ada ke satu teacher tu marah i sbb siap cepat dlm exam, ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.107148 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.