CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perang netizen isu Fattah–Fazura panas macam El-Nino

3-4-2026 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1418| Komen: 3

 


PETALING JAYA – Gelombang reaksi netizen meledak tanpa henti apabila isu tindakan undang-undang melibatkan pelakon Fattah Amin terhadap bekas isterinya, Nur Fazura dilaporkan ditolak mahkamah.

Seperti dijangka, ruang media sosial menjadi medan ‘perang’ pendapat peminat kedua-dua selebriti yang tidak ketinggalan melontarkan pandangan, malah ada mengaitkan tindakan tersebut dengan emosi dan konflik lama.

Sebahagian netizen beranggapan tindakan Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 36, didorong rasa tidak puas hati terhadap bekas isteri, bukan semata-mata soal anak.

“Kesimpulan netizen, bukan kerana kasih sayang terhadap anak, tetapi lebih kepada dendam terhadap bekas isteri.

“Kalau dia benar-benar baik, tak perlu bawa ke mahkamah. Benda boleh bincang secara baik di luar. Mereka berdua sentiasa jadi perhatian umum, setiap tindakan pasti diperkatakan. Apa sebenarnya niat memfailkan kes ini?


“Lebih menyedihkan, anak dijadikan ‘alat’ dalam konflik. Tiada tolak ansur, tiada ihsan. Ini sikap narsisistik,” dakwa seorang pengguna media sosial.

Namun, dalam hiruk-pikuk kecaman, masih ada suara mempertahankan tindakan pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

Ada berpendapat langkah undang-undang merupakan cara paling terhormat dalam menangani isu sensitif melibatkan hak seorang bapa.

“Ini sekadar pandangan. Mungkin Fazura tidak melanggar hak lawatan, tetapi sebagai bapa, bila dituduh tidak pandai jaga anak, pasti tercalar hati.

“Tambahan pula, setiap gerak-geri dipantau dan dikritik. Lebih baik selesaikan secara undang-undang. Walaupun kalah, maruah tetap terjaga,” tulis seorang lagi netizen.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ex parte difailkan Fattah terhadap Fazura telah ditolak mahkamah.

Peguam mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan, keputusan dibuat Hakim Yang Arif Tuan Salehan pada 31 Mac lalu selepas meneliti permohonan berkenaan.

“Mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada asas untuk tindakan lanjut. Ini menunjukkan hak lawatan berjalan dengan baik,” jelasnya.

Tambahnya, kes tersebut difailkan awal Februari lalu dan hanya Fattah hadir ketika sebutan kes memandangkan prosiding dijalankan secara sebelah pihak.

“Mungkin ada situasi tertentu seperti anak penat atau terlewat kerana kelas mengaji, namun secara keseluruhan, hak lawatan masih dipatuhi. Malah, tahun ini anak mereka sempat beraya bersama bapanya,” katanya.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura berpisah secara talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Hak penjagaan penuh anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberi hak lawatan termasuk bermalam dua kali sebulan serta pertemuan tiga kali seminggu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 4-4-2026 09:42 PM
TOLAK vs KALAH pun fantaik makjanda xreti beza

Manala xtaksub dgn geng pelangi sambil2 laungkan terpaling Palestine

Janji repost pun taksuber puji ye dak
Quote lanacondor 5-4-2026 02:57 AM
Nak pesan, ko tu bini tgh sarat mengandung jaga kelaku. Doa org yg teraniaya ni Allah angkat terus ke langit. Takot terkena anak dlm kandungan tu nanti menyesal x sudah..
Quote MatDeghem 5-4-2026 07:27 AM
xfile mana pah? Xfile pajura mana pah?



Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.183366 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top