CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden Zelensky tawar diri buka semula Selat Hormuz

3-4-2026 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 999| Komen: 12

 


KYIV –  Presiden  Volodymyr Zelensky berkata bahawa Ukraine boleh membantu membuka sekatan Selat Hormuz selepas penutupannya oleh Iran menggugat ekonomi dunia.

Iran mengenakan sekatan ketat ke atas laluan perkapalan utama itu sehingga mengancam bekalan bahan api  sekali gus ekonomi global sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat-Israel yang mencetuskan perang Asia Barat.

“Tiada sesiapa pun melibatkan kami secara khusus dalam isu Selat Hormuz. Semasa lawatan saya, saya memberitahu wakil-wakil Asia Barat dan Teluk bahawa Ukraine bersedia membantu dalam segala apa yang berkaitan dengan pertahanan,” kata Zelensky.

Beliau bercakap kepada sekumpulan kecil wartawan, termasuk AFP semalam.

Zelensky tidak memperincikan bagaimana Ukraine boleh membuka semula Selat Hormuz, tetapi memetik pengalaman Kyiv memulihkan laluan di Laut Hitam  yang sebelum ini disekat oleh Russia.


Ukraine bimbang diketepikan apabila dunia mengalihkan tumpuan kepada perang di Asia Barat.

Minggu lalu, Zelensky melawat beberapa negara  Asia Barat dan menandatangani perjanjian pertahanan dengan Qatar serta Arab Saudi.

“Saya percaya kami telah mengubah sikap negara-negara Asia Barat dan wilayah Teluk terhadap Ukraine untuk tahun-tahun yang akan datang,” kata Zelensky. – AFP 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 4-4-2026 04:27 PM
Sibuk lah kau zionis ketot.  Hari tu tantrum org x layan.  
Quote alesandra 4-4-2026 04:35 PM
Rasanya mcm ada baca 2-3 hari lps askar2 ukraine ni  ada yg dah mampos pun  kt UAE...
Quote kemaruk 4-4-2026 07:50 PM
bangkem baca tawar buka seluar
Quote Firenzza 4-4-2026 08:11 PM
Ni sekor lg attention seeker mcm muntri pertahanan Uganda x sedar diri tuh
Quote airfilterkotor 4-4-2026 09:01 PM
“Tiada sesiapa pun melibatkan kami secara khusus dalam isu Selat Hormuz. Semasa lawatan saya, saya memberitahu wakil-wakil Asia Barat dan Teluk bahawa Ukraine bersedia membantu dalam segala apa yang berkaitan dengan pertahanan,” kata Zelensky.


Sebab negara Asia Barat tau sangat negara ko sendiri pun mengemis dengan blok Barat perihal hardware pertahanan.
Quote Decaffeinated 4-4-2026 10:22 PM
... tetapi memetik pengalaman Kyiv memulihkan laluan di Laut Hitam  yang sebelum ini disekat oleh Russia

then let him!
Quote alesandra 5-4-2026 11:54 AM
US tax payers...there goes your money...
[twitter]https://twitter.com/tv_ir_X/status/2040438128155238619[/twitter]
Quote zorrro_03 5-4-2026 01:12 PM
elok laaa badut ketot ni fokus ke asia barat.  bagi laluan mudah ke putin rampas kiev, zaporizia dan dombask.  

tak sedar diri laaaa orang2 pendek ni. perasan bagus.
Quote ultra78 5-4-2026 02:02 PM
Mari meriahkan perang. Perang yang tahu apa objektif sebab asyik bertukar. Daripada nak tukar rejim, ke musnahkan bahan nuklear, rampas uranium, buka selat hormuz, bom infrastuktur awam, musnahkan facility tentera iran,selamatkan pilot hilang. Setiap hari boleh berubah. Sekurang-kurangnya perang iraq dan afghanistan ada juga objektif jelas. Ini entah apa-apa.
Quote airfilterkotor 5-4-2026 02:33 PM
Apa-apa pun, Emrika bakal sakit manakala Israel negara pariah duduk tepi makan dim sum sambil saban tahun makan duit derma dari pembayar cukai Emrika.

Untong betul negara pariah satu tu.
Quote nisako 6-4-2026 07:56 AM
hmmmmmmmm
Quote Dwdrum 6-4-2026 08:13 AM
Good for him...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.041398 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top