CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai cemas lihat wanita tergelincir jatuh atas landasan di LRT Abdullah Hukum

3-4-2026 10:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1761| Komen: 22

 



Pengguna transit aliran ringan (LRT) stesen Abdullah Hukum gempar susulan seorang individu disyaki terjatuh di kawasan landasan petang ini.

Menerusi beberapa hantaran tular di Threads, orang ramai memaklumkan kejadian itu menyebabkan suasana di stesen berkenaan menjadi cemas, selain perkhidmatan tren dipercayai terpaksa dihentikan seketika.

Berdasarkan perkongsian pengguna media sosial, mangsa dilaporkan masih hidup ketika ditemui dan berada dalam keadaan duduk serta tidak banyak bergerak sementara menunggu bantuan tiba.

“Ada orang jatuh dekat LRT Abdullah Hukum. Dia duduk diam je, tak gerak gerak. Mungkin ada orang tertolak kot, sebab kan LRT sentiasa penuh. Nasib lah LRT sempat brek kecemasan,” katanya dalam kenyataan @Fasyuhd.


Turut dikongsikan beberapa pengguna lain, pasukan bomba dilaporkan telah tiba di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa atau pengendali pengangkutan berhubung punca sebenar kejadian serta keadaan semasa mangsa.

Sementara itu, Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan tren diberhentikan sementara di antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum.

Rapid KL berkata, perkhidmatan tren alternatif akan diaktifkan iaitu tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Universiti, tren dari Gombak akan berpatah balik di Bangsar manakala tren perantara dari Universiti ke Bangsar (Platform 2). 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 3-4-2026 11:49 PM
Ngeri. Mcm mana dia boleh terjatuh?
Quote mejaputih 4-4-2026 09:21 AM
Hrp ada kenyataan la berdasarkan cctv situ.
Quote Prickford 4-4-2026 10:18 AM
Semalam baca satu komen kat telegram, dia berada dekat situ. Katanya sebab bila train approach, si pempuan tu bergerak tak menyempat, pastu katanya mcm tersadung kaki sendiri. Terkapai2 terjatuh tak sempat orang awam nak tarik. Tu yg terperosok. Nasib baik tak lunyai kena kisar. Yang buat orang marah, dia wanita dewasa kot. Tunggu jelah belakang garisan kuning. Bila train stop, naik la sangat. Pasal dia habis orang lewat nak balik kerja.
Quote mejaputih 4-4-2026 10:35 AM
Prickford replied at 4-4-2026 10:18 AM
Semalam baca satu komen kat telegram, dia berada dekat situ. Katanya sebab bila train approach, si p ...

Kiranya kecuaian sendiri la ye bkn ada org tertolak ke...
Quote Prickford 4-4-2026 10:46 AM
mejaputih replied at 4-4-2026 02:35 AM
Kiranya kecuaian sendiri la ye bkn ada org tertolak ke...

Sebab tu masa tolak nak ke hospital, sheolls tutup muka dengan selimut hospital tu, bukan meninggal pon. Malu nokkkk oiiii. Rasanya mcm amoi je ni. Sendiri punya kebodohan.
Quote mejaputih 4-4-2026 12:51 PM
Prickford replied at 4-4-2026 10:46 AM
Sebab tu masa tolak nak ke hospital, sheolls tutup muka dengan selimut hospital tu, bukan meningga ...

Menyusahkan org betul...dah tergendala train lain. Pastu kalau dia dilenyek lg jenuh rapidKL nk menjawab..
Quote white_musk 4-4-2026 12:52 PM
Prickford replied at 4-4-2026 10:18 AM
Semalam baca satu komen kat telegram, dia berada dekat situ. Katanya sebab bila train approach, si p ...

cuai sendiri la ye
Quote putriTS 4-4-2026 12:57 PM
Padahal announcement "sila berdiri dibelakang garisan kuning" tu dah mcm zikir dah pihak Rapid ulang. Khayal main phone ke or mmg x ikut arahan. Even peak hours pun jenuh petugas nak suruh orang undur blkg garisan.
Quote Prickford 4-4-2026 01:05 PM

Ye cuai. Ada saksi siap cakap yg sheolls tu dok ralit dgn tepon. Eh bongok la, menyusahkan team rapid kl, bomba & pengguna.
Quote gigahertz 4-4-2026 01:06 PM
Prickford replied at 4-4-2026 02:18 AM
Semalam baca satu komen kat telegram, dia berada dekat situ. Katanya sebab bila train approach, si p ...

Cina kan
Quote tumpanglalu74 4-4-2026 02:25 PM
Gen Z ke?  Not sapraised..
Quote kakikuDibibirmu 4-4-2026 03:06 PM
@aechae tersenyum sinis
Quote kemaruk 4-4-2026 03:35 PM
Cemas korang dek
Quote Samerosie 4-4-2026 04:05 PM
Camne lah boleh jatuh? Bukan ke kena berdiri behind yellow line.  Kau berebut nak masuk dr tingkap depan belah driver ke dek?
Quote Skuau 4-4-2026 05:08 PM
Lelaki Lombok..mohon bawa pompuan ni kawen lari ke Lombok...duk Msia pung...nyusahkan jer...
Quote cmf_jeangrey 4-4-2026 05:32 PM
Prickford replied at 4-4-2026 10:18 AM
Semalam baca satu komen kat telegram, dia berada dekat situ. Katanya sebab bila train approach, si p ...

Jenis x reti beratur la ni..then x ikut arahan
Iols pernah sembur acik2 kepam berebut nk naik bas
Sedangkan org lain elok beratur take turn
Perangai nusantara pekat


Quote Minami2013 4-4-2026 05:55 PM
Scary nye. Nasib tak meninggal
Quote Lily_Elizabeth_ 5-4-2026 12:49 AM
Genzyy kan?.

Pakai earbud dgr lagu Kpop atau tengah main game.
Mana nak dgr announcement.
Quote pengecatbintang 5-4-2026 01:30 AM
Edited by pengecatbintang at 5-4-2026 01:43 AM
Skuau replied at 4-4-2026 05:08 PM
Lelaki Lombok..mohon bawa pompuan ni kawen lari ke Lombok...duk Msia pung...nyusahkan jer...; ...

aikk..

bukan ke ko x suka Sabah dok dalam Mesia..

Sabah join ler Lombok, dok dalam Indonesia

dengarnya baru2 ni

ada politikus Pilipin nak tuntut Sabah balik

best ler ko

lepas ni jadik warga Pinoy atau Indon

nnt kalo ko nak mai Malaysia/ Semenanjung Malaysia

pakai passport antarabangsa tau

sbb ko da jadi Indon atau Suluk Pilipin

jgn plak ko mai Mesia nnt sebagai PTI naik tongkang nak keje jadik maid atau cleaner

nnt Imigresen Mesia tangkap ko

lepas ko jadik warga Indon

dalam porum CI ni

ko tag-team lah ngan porumer Nusaraya ya

Moga ko berbahagia jadik warga yindon & pilipin

kat sana sabsidi x der tau

petrol n diesel pon x der kat pilipin
kat indon & pilipin

sakau n resuah tu mmg budaya

mmg sesuai ler utk ko yg mmg sokong politikus sakau & resuah

nnt..

bila ko da lama sikit jadik warga kpd negara yg budayanya resuah n sakau

ko ajak ler porumer2 CI Mesia ni yg sokong politikus n parti sakau n resuah

ajak depa tukar kerakyatan dan jadi warga Indon / pilipin

baru lah sesuai dgn  jiwa mereka yg bencikan pemimpin yg banteras resuah









Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.033185 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top