|
KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua sekolah di negara ini menyediakan jadual mencuci tandas melibatkan pelajar sekolah dalam memastikan kebersihan tandas sekolah di negara ini. Beliau berkata, jadual yang perlu dimulakan minggu hadapan itu melibatkan semua pelajar sekolah bagi memastikan kebersihan tandas dan melatih mereka dalam membentuk jati diri. “Siapa kita, kita anak orang kayangan, kita anak orang golongan maha kaya, kita rakyat kalau orang biasa cuci kenapa anak-anak yang mempunyai semangat tidak tak boleh cuci tandas sendiri “Atuk Anwar ini belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, tetapi semasa di sekolah saya ada jadual giliran tiap darjah, tiap kelas ada giliran untuk cuci tandas asrama dan tandas sekolah “Jadi saya mahu Kementerian Pendidikan mulakan seperti itu, kita mahu latih anak-anak biar hormat kepada tukang cuci dan kita juga biasa cuci tandas kita,” katanya ketika berucap pada Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.
Tambahnya, di negara Jepun meskipun mempunyai teknologi tinggi dan jauh lebih maju, namun pelajar disana telah memulakan jadual mencuci tandas di sekolah. Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan terus memperkasakan pendidikan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kepada kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Katanya, pada peringkat awal kerajaan akan menyediakan kemudahan infrastruktur AI kepada Institusi pengajian tinggi dan institusi pengajian Islam di kenal pasti di enam buah negeri. Sumber – KOSMO! ONLINE |
hart_attack replied at 3-4-2026 11:48 PM
Cuci apa? Bukan tukang cuci dh ada ke

airfilterkotor replied at 4-4-2026 02:23 PM
Engkorang boleh tanya sapa-sapa yang ex-skolah Sri Aman PJ.
fattymah replied at 4-4-2026 03:56 PM
Toilet sekolah anak iols tak de pintu.. tahun lepas pun tak de pintu.. tahun² lepas² tu pun tak de ...
Samerosie replied at 4-4-2026 04:00 PM
Alamak brutal nya. Atau pandang ke China (as opposed to pandang ke Jepun).
fattymah replied at 4-4-2026 04:05 PM
Entahle ui.. tak leh nak emejin camna ghupa toiletnya.. budak isap vape situ gak.. sambil isap tgk ...
sambil isap tgk vontot dengan konet budak lain le kut

Samerosie replied at 4-4-2026 04:12 PM
Tapi boleh lak isap vape dlm jamban berbau tu... Perisa strawberry jadi apatah agakny ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.033642 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.