|
Personaliti media sosial, AndrianMrPov dilambung pujian apabila dilihat menjaga batas ketika meluangkan masa bersama pempengaruh Mekyun sehingga dilabel sebagai ‘green flag’ oleh netizen. Menerusi sebuah perkongsian video, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 29, berkongsi momen santai mereka berkelah dan berbarbeku di kawasan air terjun dipercayai di Hutan Lipur Kanching. “Beberapa hari ini saya agak tertekan, tiba-tiba dia buat kejutan bawa saya pergi ‘healing’. Terima kasih,” tulisnya dalam Threads. Keindahan alam semula jadi bukan satu-satunya tarikan, sebaliknya sikap mereka turut mengundang pujian netizen yang menyifatkan pendekatan itu sebagai matang dan penuh hormat. “Walaupun bukan Islam, mereka tetap jaga batas. Pegang ranting, bukan tangan. Nampak lebih sopan. Memang green flag. “Ada pasangan bercinta belum kahwin pun bebas berpegang tangan, sepatutnya ambil contoh.
“Mereka baru kenal tapi masih tahu jaga diri. Itu lebih penting,” tulis beberapa netizen.
|


chandrahusin replied at 4-4-2026 10:15 AM
Yg lain buat content² islamik sikit
Sibuk lelaki² melayu kutuk hina
Yg sorang ni kemain dipuji²
azimie replied at 4-4-2026 12:32 AM
xsetuju la sbb muka mekyun awam sgt la , please mr pov pusing² dulu


QueenPlatypus replied at 4-4-2026 12:10 AM
Alahai rengsa betul minah ni..terpalinggggg dating..dulu kata tak suka cina, skang hati terbuka seba ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.160470 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.