CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan masih mampu bertahan, harga RON95 antara terendah di dunia – Anwar Ibrahim

3-4-2026 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 606| Komen: 1

 


KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia meskipun peperangan memberi kesan langsung kepada harga bahan api berkenaan.

Beliau menegaskan rakyat masih mampu menikmati harga petrol yang rendah berbanding negara jiran lain yang meningkat mendadak malah ada negara yang terpaksa mencatu bekalan bahan api berkenaan.

“Bagaimanapun RON95 di Malaysia masih antara paling rendah di dunia iaitu RM1.99 seliter. Ada negara jiran mencecah RM10 seliter. Kalau tanya saya, saya kata alhamdulillah.

“Kita tidak menafikan wujud masalah (kesan perang) tetapi tetap berusaha membantu rakyat. Ada negara jiran sampai catuan minyak, malah lebih 400 kedai minyak ditutup. Di Malaysia, kita masih mampu bertahan,” katanya ketika berucap pada Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.


Beliau berkata masalah kesan krisis tersebut perlu ditangani dengan mencari jalan penyelesaian bersama, bukan dengan menyalahkan pihak tertentu.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyat tidak terbeban walaupun berdepan ketidaktentuan global.

“Jangan boros, belanja lain boleh dibatalkan, tetapi makan minum rakyat mesti dijaga. Nasib orang miskin mesti dibela,”katanya.

“Kita akan terus melaksanakan dasar yang menjaga kepentingan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah,”katanyan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar lebih memahami isu antarabangsa dan tidak mudah terpengaruh dengan retorik politik sempit yang hanya menimbulkan salah faham. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 4-4-2026 08:40 AM
[youtube]vzBUPqQDZW8?si=VG_ACnAnJ_yva3fW[/youtube]

Cubalah bersyukur. Tak puas hati harga murah di malaysia boleh beli minyak di Singapura, Thailand, indonesia,

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.298574 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top