CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Ibrahim lancar Madani Mart pertama

3-4-2026 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3909| Komen: 108

 



KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Madani Mart pertama cawangan Indera Mahkota 8 di sini sebagai antara inisiatif strategik kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan menangani cabaran kos sara hidup secara menyeluruh.

Pengurus Operasi Madani Mart, Lutfi Mohd. Arifin berkata, inisiatif oleh Yayasan Madani itu merupakan konsep kedai komuniti yang menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan dan mudah dicapai berteraskan slogan ‘Kedai Runcit Harga Rahmah’.

“Pendekatan ini menekankan prinsip keterjangkauan, kebolehcapaian dan keadilan harga, selaras aspirasi Ekonomi Madani serta nilai-nilai teras Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan dalam memastikan manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh rakyat.

“Melalui strategi pembelian pukal dan kerjasama bersama pengedar, Madani Mart menawarkan pelbagai barangan asas termasuk beras, minyak masak, gula, tepung, barangan sejuk beku serta produk penjagaan diri pada harga yang lebih kompetitif.

“Inisiatif ini turut membuka peluang kepada usahawan tempatan melalui model pelesenan yang komprehensif. Yayasan Madani bertindak sebagai pemberi lesen dengan menyediakan sokongan menyeluruh merangkumi latihan, bimbingan dan bantuan operasi bagi memastikan setiap premis beroperasi secara cekap dan mampan,” katanya pada majlis perasmian Madani Mart oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurut Lutfi, bagi memperluas capaian, Yayasan Madani menyasarkan sekurang-kurangnya satu Madani Mart di setiap kawasan DUN, dengan sasaran minimum 640 premis di seluruh negara dalam tempoh dua tahun. 

Sumber ; – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 3-4-2026 06:09 PM
Kedai Rakyat 1Malaysia tersenyum sinis
Quote slavehunter 3-4-2026 06:09 PM
Edited by slavehunter at 3-4-2026 06:36 PM
kakikuDibibirmu replied at 3-4-2026 06:09 PM
Kedai Rakyat 1Malaysia tersenyum sinis {:mlhehe ...


Haha. Kannnn. Tiru idea Najib and UMNO.
Takde idea sendiri.

Penat jer konon hire consultant bijak la, di undi oleh golongan bijak ler....hujung2 tiru idea Gov dahulu.
Quote kanam316 3-4-2026 06:16 PM
Macam pernah ku lihat kedai ini dahulu, tapi di mana ya
Quote kemaruk 3-4-2026 06:30 PM
Pentiru   
Quote axl_bach 3-4-2026 07:00 PM
kemaruk replied at 3-4-2026 06:30 PM
Pentiru

Kalau Bangnon pembangkang, mesti dia persoal siapa dpt komtrak.... Rosmah kot
Quote Firenzza 3-4-2026 08:25 PM
axl_bach replied at 3-4-2026 07:00 PM
Kalau Bangnon pembangkang, mesti dia persoal siapa dpt komtrak.... Rosmah kot

Dengan diesel naik lbh rm6 skrg nih rasanya dia & mat sabun teruih pacak khemah kawin dpn sogo pkai bj kuning berguling2 non stop sampai stesen ketapi pastu ulang balik non dtop
Quote axl_bach 3-4-2026 08:43 PM
Firenzza replied at 3-4-2026 08:25 PM
Dengan diesel naik lbh rm6 skrg nih rasanya dia & mat sabun teruih pacak khemah kawin dpn sogo pka ...


Kalau UMNO yg buat, aku rasa bukan dorg 2 org saja yg berguling2, dgn Haji Hadi dan Tuan Braheng pun sama berguling2 macam tenggiling di Padang Merbok.....
Quote kakikuDibibirmu 3-4-2026 09:59 PM
Rough Easy Raja Formula tersenyum sinis

Quote Sesuatu… 3-4-2026 09:59 PM
Nk komen gak… eeeeee pentiru
Quote ninja boy 3-4-2026 10:24 PM
Sama juga mau ckp itu tiri punya speedmart betul2 tiru
Quote Blu3butter 3-4-2026 10:36 PM
Idea zaman tokjib digunapakai semula... Tp yg meriahkan warga asing sbb buka dkt pekan2. Melayu byk duduk kampung tak tercapai nak membelinya
Quote Tinot7 4-4-2026 09:34 AM
Deme juai brg runcit bkn berlabel 1Malaysia atopon madani.. bg iols menda yg berbeza.. mebbe ni kedai utk claim mysara rm100 tu ha.. hat pokjib punya tu juai brand 1Mesia.. so lain la..
Quote axl_bach 4-4-2026 09:52 AM
Blu3butter replied at 3-4-2026 10:36 PM
Idea zaman tokjib digunapakai semula... Tp yg meriahkan warga asing sbb buka dkt pekan2. Melayu byk  ...

Yg rural ada jualan rahmah
Quote Blu3butter 4-4-2026 12:40 PM
axl_bach replied at 4-4-2026 09:52 AM
Yg rural ada jualan rahmah

Tak byk tempat yg dpt diarg buat. Kampung2 byk yg takde
Quote kemaruk 4-4-2026 07:46 PM
axl_bach replied at 3-4-2026 08:43 PM
Kalau UMNO yg buat, aku rasa bukan dorg 2 org saja yg berguling2, dgn Haji Hadi dan Tuan Braheng p ...


contohnya     


Quote kaseh80 4-4-2026 08:20 PM
Copycat
Quote itik_magic 4-4-2026 08:59 PM
hanya mampu tersenyum sinis.
Quote slavehunter 4-4-2026 09:52 PM
Malu nye kutuk2 Umno . Hujung2 ciplak idea orang. Anyway siapa pembekal barang2 dapat dari crony KK mart ker?

Tanye jer.
Quote pengecatbintang 4-4-2026 09:55 PM
naper Kedai 1Malaysia mati?

kenape x sustainable?

ada sesapa bole jawab?

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047737 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top