CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuil Haram: UKM jadi sindiran, rakyat desak tindakan undang-undang bukan ‘berunding’ - “Selama ini tak nampak atau tak kisah?"

3-4-2026 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1516| Komen: 20

 



BANGI, 11 SYAWAL – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini menjadi sindiran ramai kerana dilihat ‘tidak tegas’ untuk berdepan dengan isu pencerobohan tanah dan binaan rumah anutan haram di atas tanah milik universiti itu.

Pemerhatian TV Pertiwi di pelbagai platform media sosial mendapati, kenyataan yang dikeluarkan UKM semalam telah mengundang begitu banyak kritikan kerana pendekatan yang bakal diambil pihak unviersiti terbabit iaitu membawa isu tersebut kepada perhatian Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tai Selangor (LIMAS).

Antara sindiran yang dikongsikan di media sosial termasuk gambar papan tanda “Penceroboh Akan Didakwa” disertakan logo UKM yang jelas tertera di hadapan kuil itu.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar meluahkan rasa hairan dan mempersoalkan sama ada pihak pengurusan UKM baru sedar mengenai kewujudan kuil tersebut memandangkan kenyataan daripada universiti itu disiarkan semalam.

Justeru, beliau menggesa supaya UKM tampil memberi penjelasan terutama apabila saiz kuil haram itu sangat besar.

“Selama ini tak nampak atau tak kisah? Atau ada yang memberi izin?

“Universiti perlu menjelaskannya. Kalau tiada izin tunggu apa lagi?,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau semalam.

Mengulas lanjut, Zainul berkata, sekiranya UKM ingin mengambil pendekatan berhemah, maka pihak universiti boleh memberi notis dengan memanggil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis untuk melaksanakan perobohan.

Tambahnya, pihak kuil juga boleh mengalihkan patung dan simbol suci mereka mengikut ritual terlebih dahulu agar sensitiviti dan penghormatan dijaga.

“Tiada ganti rugi atau gantian tempat untuk penceroboh,” tegas beliau.

Isu ini turut mengundang sindiran oleh aktivis dan pejuang tanah negara, Tamim Dahri yang mempersoalkan sama ada kedudukan LIMAS lebih tinggi daripada undang-undang negara.

Persoalan itu diajukan memandangkan UKM mengambil pendekatan untuk berbincang dengan jawatankuasa itu sedangkan isu ini ibarat terang lagi bersuluh merupakan isu pencerobohan tanah.

Sementara itu, pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah pula mempertikaikan amanah yang dipegang pengurusan UKM kerana ‘membenarkan’ kuil itu dibina begitu besar secara haram tanpa dikenakan tindakan.

“UKM minta jangan buat spekulasi pasal tanahnya yang diceroboh. Selama ini kamu buta ke hingga kuil dibina begitu besar?

“Sepatutnya orang akademik lebih ‘alert’ sebab ini gedung ilmu.

“Ini berapa ratus tahun pula? Baru nak bincang dengan LIMAS. Apa kaitan? Kenal tak lagi mereka ini? Penceroboh siapa? Pihak berkuasa siapa?” soal beliau.

UKM semalam mengeluarkan kenyataan memaklumkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau ketegangan sesama komuniti.

Pada masa sama universiti itu akui kewujudan kuil di atas tanah milik universiti itu dan menyatakan sesi perbincangan telah diadakan antara pihak pengurusan UKM bersama kerajaan Negeri sebelum memutuskan supaya isu ini akan dibawa kepada LIMAS.

Sumber ; tvpertiwi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 3-4-2026 05:53 PM
Tanah dlm UKM, org lain yg panas?...
Quote kakikuDibibirmu 3-4-2026 06:13 PM
Universiti Kandang Monyet tersenyum sinis
Quote Firenzza 3-4-2026 08:43 PM
Utk menjaga keharmonian antara kaum, pihak ukem kena berlapang dada kluar dr situ & cari tapak baru & sila byr pampasan billion2 pd toksamy sbb depa dh dok situ 300 thn yg lpaih begitu jugak dgn utm kt jln smarak pun kna pindah gamaknya
Quote akies 4-4-2026 11:35 AM
Ukm tu antara universiti yang buruks yang iols penah masuk
selepas um.
Jalan dah berlobang-lobang macam masuk site kt hutan.
Pastu pintu gerbang baru tu dh bertahun buat.
Tak siap2.

Masjid kepam. Karpet masjid jenis lama berkurun tak tukar2.
Kolej kediaman sedih je tgk dr luar.

Ini isu kuil.
Patut dh lama bertindak.
Pengurusan buat bodo je.
Walhal polis bantuan/security ada je kt situ.
Ape ke function pun taktau
Quote Blu3butter 4-4-2026 12:44 PM
Kenapa baru nak bincang? Mula panas sbb ada yg tegur ke?
Quote white_musk 4-4-2026 12:48 PM
ramai cerdik pandai pun terpaksa membodokan diri.....
Quote mejaputih 4-4-2026 12:54 PM
akies replied at 4-4-2026 11:35 AM
Ukm tu antara universiti yang buruks yang iols penah masuk
selepas um.
Jalan dah berlobang-lobang ma ...

Anak iols masuk asrama dia mak aii kesiannya lg helok asrama sbp dia dulu..yes jalan dia makin lama makin teruk berlubang teruk la rim tayar kete kalau tiap2 hari masuk laluan dalam tu...
Quote mejaputih 4-4-2026 12:56 PM
Kuil ni makin lama makin besar tau..10 years ago cinonet je x nmpk sgt dr traffic lite..but now dah menyerlah dgn warna emas dia beso gedabak dari jauh dah nmpk...
Quote akies 4-4-2026 07:06 PM
mejaputih replied at 4-4-2026 12:54 PM
Anak iols masuk asrama dia mak aii kesiannya lg helok asrama sbp dia dulu..yes jalan dia makin lam ...


Tulah. Sedih je tgk keris mas, rahim kijai la.
Fasiliti mmg out.
Dengan beruk berkeliaran lagi
Quote itik_magic 4-4-2026 09:16 PM
axl_bach replied at 3-4-2026 05:53 PM
Tanah dlm UKM, org lain yg panas?...

biar lah org lain tu nk panas. panas pun benda betul.
Quote Apoo 4-4-2026 09:25 PM
mejaputih replied at 4-4-2026 12:56 PM
Kuil ni makin lama makin besar tau..10 years ago cinonet je x nmpk sgt dr traffic lite..but now dah  ...

Boleh nampak rupanya. Aku ingat kuil tu selama ni invisible mcm Wakanda Sbb semua org x nampak. Tiba2 baru muncul.
Quote Decaffeinated 4-4-2026 09:56 PM
axl_bach replied at 3-4-2026 05:53 PM
Tanah dlm UKM, org lain yg panas?...

'Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar meluahkan rasa hairan dan mempersoalkan...'

lebih spesifik lagi pertubuhan pembela Islam, why not pembela Buddha atau pembela Kristian or at least pembela tanah kerajaan? sebab isunya pencerobohan tanah kan, ke bukan?

Quote ninja boy 4-4-2026 11:12 PM
Brp byk kuil area berdekatan
Quote silance 5-4-2026 12:19 AM
Makan gaji tak buat keje.
Quote mejaputih 5-4-2026 10:47 AM
Apoo replied at 4-4-2026 09:25 PM
Boleh nampak rupanya. Aku ingat kuil tu selama ni invisible mcm Wakanda Sbb semua org x nampak. Ti ...

selama ni org refer traffic light tu sbgi "traffic light sebelah kuil"... rupanya makin beso skrg ni shining2...dah lama tak lalu area situ.
Quote nisako 6-4-2026 07:55 AM
tu dia semua sapu
Quote honeybee1802 6-4-2026 08:18 AM
axl_bach replied at 3-4-2026 05:53 PM
Tanah dlm UKM, org lain yg panas?...

Iyer ler...pttnya tanah tu ukm diamanahkan guna utk tujuan pendidikan.ini dah free dingap org.cumanya ramai2 staff ukm takde ke yg report hal ni before muncul panas kt media?or ukm takde channel utk buat report?betul le ptt le skang jln dlm ukm tu pun teruk.asrama pun nampak uzur
Quote n3ar 6-4-2026 08:54 AM
ada dah koling claim yg kuil tu dah dibina zaman prasejarah sebelum universiti dibina..tu jer laa modal dorang
Quote mizzmimi 6-4-2026 11:05 PM
wah siap kubah emas.. masa construction tu deols ni hijab tertutup ke apa?

gila

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.154753 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top