CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MB Selangor Amirudin Shari ketuai delegasi Malaysia, misi Global Sumud Flotilla 2.0 bawa 30 kontena bantuan kemanusiaan

3-4-2026 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1879| Komen: 9

 



MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang dijadual berlepas pada 5 April (Ahad).

Menerusi kenyataan Pejabat Menteri Besar pada Jumaat, Amirudin diamanahkan untuk mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetuai misi yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu. 

Kali ini, misi berkenaan akan membawa 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin yang berdepan situasi semakin meruncing di Gaza.


"Menteri Besar akan berlepas pada 5 April untuk mengetuai Delegasi Malaysia, memastikan pelepasan kontena bantuan di Kaherah berjalan selamat, mengetuai sidang khas di Pintu Sempadan Rafah bagi menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu kepungan Gaza.

"Seterusnya memantau pelepasan Delegasi Sumud Nusantara di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Sementara itu, Amirudin menerusi hantaran di Facebook rasminya meminta rakyat Malaysia mendoakan agar misi berkenaan berjalan dengan jayanya.

"Saya mohon doa seluruh rakyat Malaysia agar misi ini berjaya dan urusan kami dipermudahkan serta semua yang terlibat selamat dalam perlindungan Allah SWT. Insya-Allah. Free Palestine," tulisnya.  

Terdahulu, peserta GSF sebelum ini, Rahmat Ikhsan atau PU Rahmat memaklumkan kumpulan pertama Sumud Nusantara berangkat pada Rabu.

Namun, identiti lima individu yang berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tersebut terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu.

"Identiti mereka masih dirahsiakan demi menjaga maslahah lebih besar. Selamat berjuang sahabat ku. Semoga keberkatan Allah bersama kalian," katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Malaysia menghantar 34 aktivis menyertai GSF, dengan 23 daripada mereka meneruskan pelayaran memasuki Zon Merah 3 ke Gaza.

Namun, pada 2 Oktober semua 23 sukarelawan Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Israel sebelum dibawa ke penjara Ketziot.

Selepas beberapa hari, kesemua mereka dibebaskan dan pulang ke Malaysia pada 7 Oktober 2025.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 3-4-2026 09:13 PM
Edited by likilu at 3-4-2026 09:14 PM

Dia buat apa sampai kena pergi kelaut

Kalau cikgu cikgi buat salah kena hantar pedalaman je, takde lagi sampai dihanyutkan kelaut
Quote TOPwind 3-4-2026 09:20 PM
tiba sana Israel rampas semua barang

yg untung Israel

jika ada apam, apam pun israel dapat

cuma tak didedahkan je
Quote fattymah 3-4-2026 10:08 PM
Aritu pun cakap lebih kurang cemgini.. tifu dosah
Quote kaseh80 3-4-2026 10:23 PM
Quote Firenzza 5-4-2026 07:18 AM
Xde cara lain ke nk hntr bantuan ke sana? X semestinya hntr makanan lalu laut yg besar possibility x akan sampai pd mangsa, setakat nk tunjuk org luar ini simbolik nak bantu, tp nti ada yg ckp hang pandai ckp hang pi la hantaq sendiri bantuan......ermmm dh byk kali gagal still degil nk buat cara yg sama pi lantak hang la
Quote ninja boy 5-4-2026 07:52 AM
Edited by ninja boy at 5-4-2026 07:55 AM

2025 pakai 45 boat, tahun 2026 pakai 100 boat, dgn perang Iran Israel maka tentera israel bz area utara kot, dlm 100 boat agak2 bolos 2-3 boat masuk gaza
Harap peserta Malaysia xde terpaling terpaling spt tahun lepas, x dpt bolos xpe anggap cikcur dark tourism
Quote zeed 5-4-2026 09:04 AM
bila dah dipolitikkan, semua jadi hambar. dan kita tau mmg tak lepas ke palestine pun.
Quote Decaffeinated 5-4-2026 02:04 PM
Dia pergi atas kapasiti seorang pemimpin kerajaan atau rempit random ja?
Quote Radzor 5-4-2026 08:55 PM
singapore at least dah 2 kali buat airdrop. mesia sembang kuat.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067337 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top