CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alya Iman dipetik netizen jadi punca perceraian, Yusuf Bahrin tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

3-4-2026 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1704| Komen: 12

 



BENGANG dengan tuduhan tidak berasas netizen, pelakon Yusuf Bahrin memberi amaran kepada seorang individu yang menjaja kisah rumah tangganya bersama penyanyi Zizi Kirana berakhir dengan perceraian disebabkan aktres Alya Iman. 

Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memberi pengajaran kepada individu berkenaan.

"Aku dah ada maklumat peribadi kau. Kalau kau tak padam hantaran bodoh kau, aku akan ambil tindakan undang-undang dan saman," katanya ringkas membalas komen netizen di Threads.

Terdahulu seorang dikenali sebagai @anisadrianaa._  mendakwa Alya Iman menjadi punca keretakan hubungan suami isteri selain menuduh pasangan itu tidak sekufu memandangkan Zizi berjihad ke jalan Allah manakala Yusuf masih tidak menjaga batas dalam bidang lakonan.

"Nak jujur sikit, Zizi dah berhijrah, sertai usrah dan Sumud Flotilla.

"Yusuf masih dalam bidang lakonan. Pegang dan peluk-peluk dengan bukan muhrim. Rasa macam tak sesuai," ujarnya.

Bagaimanapun individu berkenaan bertindak memadam posting tersebut beberapa jam kemudian.


 


Sementara itu, pihak pengurusan Alya Iman iaitu Stars Powerhouse Entertainment tampil menyangkal dakwaan yang mengaitkan artis mereka dengan isu penceraian pasangan berkenaan.

Mereka juga menganggap tuduhan tersebut bertujuan untuk menjejaskan nama baik Alya Iman dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkannya.

"Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini. Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi.

"Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua," kongsinya di Instagram.

Pada pagi Khamis, Yusuf dan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada Khamis.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-4-2026 05:02 PM
Track record AI pun bukannya elok sangat, jantan gemok hitam gundu pun dia kangkang... apa lagi yang hensem macam tu... hihihi
Quote simmes 3-4-2026 05:58 PM
Ada kan yang reply kata pernah jadi PA n ingat gaji staf tu ke tak
Quote selipar_hijau 3-4-2026 06:30 PM
muka mcm raja ema
Quote ezacbee 3-4-2026 07:34 PM
simmes replied at 3-4-2026 05:58 PM
Ada kan yang reply kata pernah jadi PA n ingat gaji staf tu ke tak

Jumpa kat thread.. Komen gaji staff pun xbayar, ada hati nak saman orang lain.
Quote Bedak_Carrie 3-4-2026 08:19 PM
ezacbee replied at 3-4-2026 07:34 PM
Jumpa kat thread.. Komen gaji staff pun xbayar, ada hati nak saman orang lain.


Yg pelik dia ni x mengaku pulak org tu pa dia...
Org saja nak fitnah ke?
Confused pulak kitonyooo...
Quote hart_attack 4-4-2026 12:15 AM
Edited by hart_attack at 4-4-2026 12:17 AM

Bdak alya ni berlakon dgn zamarul Kt tv3 tgh tayang citer tu kul 9. Dgn sarimah jd pompuan simpanan, maria farida jd 1st wife,lps tu kawen dgn alya ni budak keje kedai emas,lps tu jd lady tea dkt tmpat keje zamarul. Skang ni alya tu dh jd bini zamarul sbb maria farida tu meninggal.

YB ni berlakon drama tv3 jugak kul 6, zara zya dgn redza rosli dgn sherry Ibrahim. X de pulak alya dlm citer tu. YB ni gila Zara zya tp perangai dia tu buat zz x suka dia. Dlm citer tu la.
Quote alesandra 4-4-2026 11:28 AM
aku ada tgk drama yg kat tv3 tu kebetulan masa mlm raya haritu..alya ni tak best sgt berlakon tak talented  mcm arwah ayahnya.mungkin sbb watak dia  tak mencabar mana sgt kot?
Quote Prickford 4-4-2026 12:28 PM
alesandra replied at 4-4-2026 03:28 AM
aku ada tgk drama yg kat tv3 tu kebetulan masa mlm raya haritu..alya ni tak best sgt berlakon tak ta ...

Arwah ayah dia bila berlakon tu tak macam berlakon. Mmg berbakat la, sebab lakonan arwah ayahnya nampak mcm real life. Alya ni watak mendatar je, pastu mcm cover2 huhu
Quote Prickford 4-4-2026 12:30 PM
prince_marhaen replied at 3-4-2026 09:02 AM
Track record AI pun bukannya elok sangat, jantan gemok hitam gundu pun dia kangkang... apa lagi yang ...

Ei terus teringat rupa si gundu tu. Last2 tunggang agama, manjang la jari tu si gundu tu tunjuk 1
Quote L.U.S.M 4-4-2026 03:13 PM
Artis muda mulut mcm nenek pki gigi palsu
Quote mehmet 4-4-2026 05:07 PM
Budak AI ini ku out bila ada dia drama. Kalau si Peah, auto lekat.
Quote simmes 4-4-2026 08:28 PM
ezacbee replied at 3-4-2026 07:34 PM
Jumpa kat thread.. Komen gaji staff pun xbayar, ada hati nak saman orang lain.

Berani betul kalau menipu tempat dia reply tu dekat komen yang nak saman orang pula

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.033488 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top