CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kecoh Amira Othman dah hamil, Fattah Amin minta doa ramai

3-4-2026 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4370| Komen: 64

 


PASANGAN selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memilih untuk tidak terburu-buru mengulas dakwaan bakal menimang cahaya mata.

Kata Fattah, 36, mereka sama sekali tidak berniat untuk merahsiakan perkara baik, namun memerlukan ruang sehingga tiba masa yang sesuai untuk diumumkan.

 


“Macam kami cakap sebelum ini, Insya-Allah masa itu akan sampai. Sama ada cepat atau lambat, masa itu akan sampai. Kami akan umumkan bila semua sudah bersedia.

“Yang penting kita nak peminat dan rakan-rakan media mendoakan yang baik-baik. Sebab apa pun kita nak semuanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita pada Khamis. 

Sementara itu, Amira kekal tenang dan positif dalam menghadapi teka-teki peminat mengenai status dirinya. 

Baginya, soalan mengenai zuriat selepas berkahwin adalah perkara lumrah bagi setiap pasangan selebriti.

"Kalau ada benda baik saya akan kongsi. Kalau saya pilih untuk tak komen, pastinya kita sudah fikirkan apa yang terbaik pada waktu bila nak berkongsi.

“Saya yakin peminat-peminat semua faham. Mereka pun menghormati kita punya keputusan sama ada nak kongsi atau tak kongsi," ujarnya.

Dalam masa sama, Fattah turut memberikan respons mengenai pendapat segelintir pihak yang menyatakan dirinya kelihatan lebih ‘glowing’.

“Alhamdulillah kalau tengok daripada segi fizikalnya Alhamdulillah nampak sihat, ‘glowing’ juga ya Alhamdulillah. 

“Kalau yang baik-baik itu keluar daripada mulut mereka, tak kisah di platform mana sekalipun, kami ucapkan terima kasih. Teruskan doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik kepada kami,” katanya


 


Untuk rekod, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September tahun lalu. 

Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober 2024. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pilut 3-4-2026 04:52 PM
2-2 laki bini gila attention.
Perut dh memboyokkk gemok gedempol tp acah2 menyorok haktuihhhhh

Gelilah aku jenis lapar perhatian mcm nehhh
Lofa yg korg kutuk gila attention dulu pn tak macam niii bila mengandunggg puihhhhh
Quote jiwakacau06 3-4-2026 04:54 PM
Boring ....
Quote apedehal 3-4-2026 04:56 PM
Dan dan ..biar ledeks je lah doa eh.. nk kawin nafi ,tup2 kawen.. so apa beza chuols open secret, ke nak umum perjalanan bunting shgga melahirkan unifi cover 10 episode
Quote prince_marhaen 3-4-2026 04:59 PM
Doa lah sendiri...kau yang kongkek...orang pulak yang kena doa...
Quote Madel 3-4-2026 05:01 PM
Nak cover malu sbb kalah kes ke
Tiberr up cite bunting
Quote apedehal 3-4-2026 05:07 PM
prince_marhaen replied at 3-4-2026 04:59 PM
Doa lah sendiri...kau yang kongkek...orang pulak yang kena doa...

Adushhh..syaakitnya tuh disinihh
Quote Incanto 3-4-2026 05:11 PM
prince_marhaen replied at 3-4-2026 04:59 PM
Doa lah sendiri...kau yang kongkek...orang pulak yang kena doa...

hahahaha....savage!
Quote Sazreena 3-4-2026 05:41 PM
Tau dahh..
Quote etilfas111 3-4-2026 06:22 PM
apedehal replied at 3-4-2026 04:56 PM
Dan dan ..biar ledeks je lah doa eh.. nk kawin nafi ,tup2 kawen.. so apa beza chuols open secret,  ...

Plannya begitu lah pasal takde bakat yang ada cuma cerita2 peribadi yang basi keledeks masham boleh la layan episod sampai 100 asalkan boleh berair dengan pakcik pibg
Quote virgocircus 3-4-2026 06:42 PM
Hmmmm tahniah ler.
Quote Zezo 3-4-2026 07:20 PM
Edited by Zezo at 3-4-2026 07:23 PM

Hahaha. Terus call mstar ek, utk cover isu kena reject court case. Lol.

Masalahnya, both of them character wise yg dorg potray sangat la membosankan utk amik tau or dipertontonkan. Just duduk diam² je sendu jgn keluar lagi boleh tak? Boringgggg..
Quote ezacbee 3-4-2026 07:27 PM
Bosannya cite dorang ni.

Elok2 terkambus muncul balik.
Quote lolipopmanish 3-4-2026 07:31 PM
Sendu booooooo

Cerita pasal bini mengandung pon nak up
Quote selipar_hijau 3-4-2026 07:32 PM
prince_marhaen replied at 3-4-2026 04:59 PM
Doa lah sendiri...kau yang kongkek...orang pulak yang kena doa...

sungguuhhhhhhh laaa
Quote sukacactus 3-4-2026 07:36 PM
Apa la sgt yg nak dikecohkan
Org tu berlaki kot!
Lain la kalau bujang or dah TTC berbelas tahun
Quote caprisonne 3-4-2026 08:10 PM
Meluat seyyy
Quote Bedak_Carrie 3-4-2026 08:15 PM
Eloklah diam2....
Kalau umum secara terbuka, membuka ruang org kata buruk2...
Seblm ni pun dah ada yg mintak jadi benda2 buruk kat marriage dia org dan bakal anak.
Manusia jahat.
Quote Bedak_Carrie 3-4-2026 08:15 PM
Dlm ni pun berebut2 org mengutuk dan membahan....
So... Sendiri nilai.  
Manusia2 jahat bersepah.. yg tunggu masa nak cakap buruk2. Hehe
Quote boudinniA 3-4-2026 08:19 PM
Ini cara fattah cover berita pasal hal dimahkamah tu.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.044992 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top