|
Kecoh di dunia maya ketika ini tentang pertemuan beberapa ahli gabungan silat dengan pengerusi Majlis Kuil Malaysia, Datuk Sivakumar di Batu Caves tempoh hari.
Pertemuan itu sendiri tak salah, namun optiknya hasil gambar2 di bawah tidak cantik bahkan merosakkan imej kita sebenarnya. Tapi mungkin kerana tak puas hati dihentam tentang perkara ini, sahabat saya Tok Panglima Aduka mengeluarkan satu hantaran yang saya kira macam "berjauh hati". Maaf sahabatku Tok Panglima Aduka, dalam hal ini optik yang dipamerkan oleh beliau dan sahabat2 lain memang tak cantik. Saya takkan sampai gelarkan mereka ni sebagai pengkhianat ke apa ke - saya yakin niat mereka lain ikhlas untuk muhibah dan damai. Tapi optiknya tak cantik. Naratif akan disongsangkan. Benda ni semua bermula dari isu kuil haram. Yang salahnya sebahagian geng hindu ini. Dan ini bukan isu agama ataupun bangsa, tapi isu undang2. Tapi bila geng pesilat ini turun ke Batu Caves berjumpa dengan mereka, apa gambarannya? Gambarannya kita yang bersalah sampai kita pula kena hadap dia. Macam 3 deejay radio Era dulu. Mengadap Sivakumar kat Batu Caves minta maaf. Sebab tu saya katakan optiknya tak cantik. Memberikan konotasi yang salah, naratif akan jadi songsang. Kita dah jadi "rendah" dalam hal ini. Seharusnya buat macam NGO2 Melayu yang diketuai Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebelum raya haritu - mereka jumpa juga Sivakumar, tapi di ruangan neutral. Kita tak datang tempat dia, dia tak datang tempat kita.
Saya cuba suarakan perkara ini ke Tok Cindai di IPD semalam tapi beliau bergegas nak pulang. Jadi terpaksalah saya tegur di sini, di ruangan terbuka. Tegur bukan sebab saya pandai, tapi tegur kerana Rasulullah bersabda, "berkata benarlah walaupun pahit". Harap Panglima Aduka berlapang dada, dan buatlah penjelasan dengan baik tentang apa yang berlaku. Oh ya, saya hanya menegur dari sudut optik, konotasi dan naratif. Dari sudut aqidah dan agama, saya kira ramai lagi di luar sana lebih layak berbanding dengan saya. Bahkan saya yakin, sahabat2 pesilat ini lebih arif berbanding saya. — PB |

pengecatbintang replied at 3-4-2026 11:13 AM
kalo nak jumpa
naper kat situ


















prince_marhaen replied at 3-4-2026 10:49 AM
Sembang pung pang pung pang, silat lah, ayahanda, daulat lah, bangsa agama lah, hujung2 hadap tok sa ...
ardent91 replied at 3-4-2026 07:30 PM
mmg aku x pernah caya pown pertubuhan2 cam pekida bagai ni..
dah ahli2 dorg pown mostly meleis l ...

















© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052326 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.