|
Pelakon Abby Abadi memuat naik video memaparkan bersama rakan baiknya, Azza Elite melompat gembira selepas mengetahui anak perempuannya, Marissa Dania dalam proses bercerai. Menerusi perkongsian di TikTok, Abby menitipkan kata-kata semangat buat Marissa agar dipermudahkan urusan untuk lalui proses berkenaan. “Kuatkan semangat untuk keluar dari keadaan ini. Semoga cepat selesai dan ALLAH permudahkan segalanya. “Tiada apa yang perlu dikejar di dunia ini, kerana semuanya hanya sementara ya adik. Yang benar-benar berharga bukanlah penilaian atau pujian manusia, tetapi hati yang tenang, harga diri ,maruah yang terjaga,” katanya. Sementara itu, Abby turut mengatakan anaknya itu seorang yang hebat serta mendoakan agar Marissa akan berubah ke arah lebih baik selepas ini. “Adik kuat, adik hebat! Jadi versi yang lebih baik selepas ini ok. Ingat dan semat dalam hati, apa saja situasi… Mama akan sentiasa ada. Terima Kasih untuk semua yang bersama dan mendoakan,” katanya. Semalam, Marissa memaklumkan dia dan suaminya, Aslam kini dalam proses berpisah serta berharap agar tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak dan memohon diberi sedikit ruang. Sumber : Rotikaya
|
heythere123 replied at 2-4-2026 05:46 PM
cringe namampus. Tua pon gigih lagi upload video terkinja

brainbiru replied at 2-4-2026 07:33 PM
Psl anak dpt 8A.. gembira mcm ni x?
red_velvet replied at 2-4-2026 07:55 PM
Tua pun tak matang.. Perangai belen
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.207529 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.