|
Pelakon Yusuf Baharin berkata dia tidak mengetahui punca bekas isterinya, Zizi Kirana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Memetik Sinar Harian, Yusuf bagaimanapun berkata perpisahan mereka berlaku secara baik serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk mereka. “Tak tahu (punca), tapi perpisahan berlaku secara baik tanpa sebarang perselisihan. “Tak ada permusuhan dan tiada dendam, saya mohon semua pihak mendoakan kebaikan kami dan orang lain,” katanya. Sementara itu, Yusuf berkata tiada pasangan yang mahukan perpisahan dan mereka sudah lakukan yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga yang dibina selama lima tahun itu. “Inilah pengakhiran kisah hidup kami, saya tidak pernah jangka dan tidak pernah tahu akan terjadi dalam hidup,” katanya. Sumber : Sinar Harian, Rotikaya |
jihyomelly replied at 2-4-2026 05:56 PM
tgk kat thread kata ada yg jumpa dgn pompuan free hair shopping walauapun ada je lelaki utk coverlin ...
LaskarHijayu replied at 2-4-2026 05:36 PM
Cam ade sorg dulu tu laaa...
Dia pon tak tau nape sebelah sana failkan cerai...
pastu laju kawin baru.miszclassique replied at 2-4-2026 06:44 PM
I pun baca yang sama, yang terjumpa kat SCM tu kan? SCM stands for what Setia City Mall ke?

miszclassique replied at 2-4-2026 06:44 PM
I pun baca yang sama, yang terjumpa kat SCM tu kan? SCM stands for what Setia City Mall ke?
lolipopmanish replied at 2-4-2026 07:55 PM
Ayat sama dgn si wood jati..dejavu nya
Gile ko kata tak tau, tak logik sungguh
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062158 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.