CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Padah menginap di banglo buluh, wanita dakwa diintai pekerja resort ketika sedang telanjang

2-4-2026 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2378| Komen: 5

 


SEORANG wanita mendakwa diintai oleh seorang pekerja resort ketika sedang menukar pakaian di banglo inapannya.

Dalam hantaran di media sosial, mangsa yang dikenali sebagai Anna berkata dia bercuti di lokasi itu bersama teman lelakinya.

Jelas Anna, banglo yang diperbuat daripada buluh itu terletak di bahagian belakang resort.

Ketika kejadian, teman lelakinya sedang mandi di bilik air manakala Anna pula berbogel selepas membuka pakaian.

Anna mendakwa ternampak sepasang mata memandangnya melalui celah dinding buluh, menyebabkan dia menjerit ketakutan.

Jeritan itu juga mengejutkan teman lelakinya sebelum mereka bergegas keluar untuk mengenal pasti individu berkenaan.

Menurut Anna, dia percaya lelaki tersebut berkemungkinan merupakan warga asing yang bekerja di resort tersebut.

Pasangan itu membuat laporan kepada pihak polis dan juga pemilik resort. 

Pemilik resort mencadangkan mereka berpindah ke unit lain, namun Anna menolak tawaran berkenaan.

Anna mendedahkan kejadian di resort yang terletak di Koh Lipe, Satun, Thailand itu menerusi TikTok pada 28 Mac lalu. - Agensi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orglama 2-4-2026 12:44 PM
Ana ni bersekedudukan dgn boipren dia ke kat resort tu?
Quote Purestteam1 2-4-2026 05:30 PM
xda gambau susah nk paham
Quote kakikuDibibirmu 3-4-2026 06:39 PM
Mana dia gambar telanjang?
Quote gigahertz 4-4-2026 01:03 PM
Sekarang ni satu Dunia dah tahu dia telanjang
Quote Decaffeinated 4-4-2026 02:44 PM
bagi omputeh ni skodeng memang an offence tapi di tanah air ni ada yang kata siapa suruh buka aurat itu memang suruh tengok free, mungkin pekerja tu fikir benda yang sama kot.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.161023 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top