CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rafizi sedang rasai apa yang dibuat kepada arwah Khalid Ibrahim – Faekah

2-4-2026 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2188| Komen: 5

 



KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkemungkinan sedang mendapat kifarah terhadap apa yang beliau lakukan selaku arkitek yang merangka strategi ‘Langkah Kajang’ lebih 10 tahun lalu.

Faekah Husin berkata, walaupun Rafizi itu tidak mengaku salah, sekurang-kurangnya kini beliau merasai apa yang dirasai bekas Menteri Besar Selangor itu ketika diketepikan oleh parti pada 2014 dahulu.

“Langkah Kajang memang jijik tetapi ia tidak akan terjadi seandainya tidak mendapat restu dari pucuk pimpinan dan sekiranya pucuk pimpinan bersifat adil serta jujur.

“Sejujurnya selepas Langkah Kajang saya tidak menghormati mahupun meletakkan harapan yang tinggi kepada Rafizi kerana Langkah Kajang merupakan titik tolak kepada pengkhianatan terhadap prinsip keadilan yang diperjuangkan PKR sejak penubuhannya pada 4 April 1999.

“Ia terlakar sebagai sejarah paling hitam di dalam politik dan pentadbiran negeri Selangor,” katanya hari ini.

Mengimbau kembali pemilihan parti pada tahun 2010, Faekah berkata, Almarhum telah diarah dan diugut supaya menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden bagi memberi laluan mudah kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya sebut di sini hanya untuk menunjukkan percaturan dan campur tangan secara jijik memang diamalkan di dalam PKR dan bukan suatu yang asing.

“Kifarah tidak berlaku kepada sesetengah orang sahaja, siapa tahu, mungkin selepas ini Nurul Izzah atau mungkin Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sendiri.

“Cuma bezanya Almarhum Tan Sri Khalid masih boleh menunjukkan serta mempertahankan kejayaan program dan polisi yang dilakukannya ketika mentadbir Selangor sebagai  Menteri Besar,” katanya.

Sebaliknya, kata beliau, Rafizi tidak sempat pun membuat apa-apa yang signifikan dan  mendatangkan kesan positif kepada rakyat.

“Kedudukan Rafizi sangat bergantung kepada langkah yang beliau ambil selepas ini; adakah dia akan tunduk dan akhirnya buat ‘deal’ dengan Anwar Ibrahim atau dia tetap berpegang kepada prinsip dia sekarang.

“Sebagaimana kebanyakan rakyat, saya mengambil sikap tunggu dan lihat,” katanya. 

Sumber – UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 2-4-2026 11:09 AM
pensokong terpinga pinga menahan kekeliruan
Quote Purestteam1 2-4-2026 05:33 PM
wow.. tajuk baru
Quote terma2nkondisi2 2-4-2026 10:54 PM
rafizi dihantui perkara jahat yg dilakukannya pada masa lalu
Quote sharlenetexas 2-4-2026 11:14 PM
Preeeetttttt


Quote Skuau 4-4-2026 03:36 PM
GILA darjat.
GILA nama.
GILA kuasa.
GILA harta.
SEMUA GILA......
#IniHukumKarma.......
           

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.037831 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top