|
KHABAR angin yang mengatakan pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana bakal berpisah akhirnya terjawab.
Menerusi maklumat yang dikongsikan di papan kenyataan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor, pasangan tersebut dikatakan bakal melalui prosiding perceraian mereka pada Khamis. Difahamkan Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, selaku plaintif telah menfailkan permohonan cerai terhadap Yusuf. Sebelum ini, mStar melaporkan Zizi dan Yusuf kelihatan hadir ke mahkamah syariah pada Khamis. Bagaimanapun, pasangan itu enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan mengenai kehadiran mereka. Yusuf dan Zizi secara ringkas hanya meminta supaya urusan mereka dipermudahkan. Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zizi dan Yusuf mempunyai masalah. Menurut sumber, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum. Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata. Sumber - mStar
|


Denco replied at 2-4-2026 03:46 AM
masa tgh bergolak tu si usop ni berlakon dgn nedylia senrose kemain over dh mcm kapel plak. lps tu g ...

supernaturalee replied at 2-4-2026 11:23 AM
hot dudes on sale
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-4-2026 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.190998 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.