CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjawat awam boleh kerja dari rumah mulai 15 April - Perdana Menteri

1-4-2026 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3150| Komen: 46

 


PELAKSANAAN dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan berkuat kuasa mulai 15 April ini sebagai langkah awal kerajaan menghadapi impak krisis tenaga global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, garis panduan terperinci mengenai pelaksanaan arahan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Langkah itu merupakan sebahagian strategi menyeluruh untuk menjamin keselamatan tenaga negara serta melindungi rakyat daripada kejutan kenaikan harga secara mendadak.

Menurut beliau, kerajaan memilih untuk bertindak lebih awal menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat, berbanding menunggu kesan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat menjejaskan isi rumah dan sektor perniagaan.

Antara langkah yang sudah dilaksanakan termasuk pengenalan kuota bulanan 200 liter menerusi skim Budi Madani 95, selain penguatkuasaan penuh mekanisme diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak.


Anwar memaklumkan kerajaan kini membelanjakan kira-kira RM4 bilion sebulan bagi menyerap lonjakan harga minyak dunia dan melindungi pengguna daripada tekanan kos hidup.

“Ini bukan perkara kecil. Kerajaan menyediakan tambahan RM4 bilion untuk membantu rakyat, namun kemampuan kita juga terhad dan perlu mengambil kira pengalaman negara lain,” katanya dalam taklimat khas pada Rabu.

Dalam masa sama, kerajaan giat mempelbagaikan sumber tenaga negara bagi memastikan bekalan bahan api dan elektrik kekal stabil walaupun rantaian bekalan global berdepan gangguan.

Syarikat minyak nasional, PETRONAS, katanya, memberi jaminan bekalan minyak dan gas mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, sekali gus menjadi penampan penting ketika negara mengharungi krisis semasa.

Beliau menegaskan situasi semasa tidak boleh lagi dianggap sebagai biasa dan menyeru semua pihak bekerjasama menjimatkan penggunaan tenaga serta mengelakkan pembaziran.

“Ini bukan waktu biasa. Kita perlu menyesuaikan gaya hidup dan dasar bagi melindungi rakyat serta memastikan kelestarian bekalan tenaga negara,” katanya.

Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 1-4-2026 10:54 PM
ada cara nak pastikan dorang2 ni tak mengular keluar rumah ke?
Quote hyie 1-4-2026 11:01 PM
kemaruk replied at 1-4-2026 10:54 PM
ada cara nak pastikan dorang2 ni tak mengular keluar rumah ke?

sedangkan kerja kat ofis pon boleh mengulor, apelah sangat WFH
Quote kemaruk 1-4-2026 11:03 PM
hyie replied at 1-4-2026 11:01 PM
sedangkan kerja kat ofis pon boleh mengulor, apelah sangat WFH

khennz
acah2 nak kurangkan penggunaan minyak, ujung2 dorang mengular pergi shopping mall, pergi balik kampung etc, last2 makin banyak -penggunaan minyak

nak buat lockdown, buat lockdown macam dulu

tutup shopping mall, tutup kedai makan takleh dine in, tutup karaoke pub club etc
Quote hyie 1-4-2026 11:07 PM
kemaruk replied at 1-4-2026 11:03 PM
khennz
acah2 nak kurangkan penggunaan minyak, ujung2 dorang mengular pergi shopping mall, pergi ba ...

kalau lockdown, nanti blehla geng2 rider tayang payslip income 8k sebulan khuenz busuk sangat
Quote kemaruk 1-4-2026 11:31 PM
hyie replied at 1-4-2026 11:07 PM
kalau lockdown, nanti blehla geng2 rider tayang payslip income 8k sebulan khuenz busuk sangat

nanti berlagak naik BMW
Quote ninja boy 1-4-2026 11:36 PM
Edited by ninja boy at 1-4-2026 11:40 PM

gomen jimat electric air dan korang rumah pakai electric air utitity byr sendiri
Quote kemaruk 1-4-2026 11:47 PM
kalau lockdown kelak, peminat vaksin : "takde hidang vaksin ke"
Quote Tinot7 2-4-2026 07:09 AM
Nampaknya mmg kena cut down segala mcm menda..
Quote A-Are 2-4-2026 07:54 AM
awat la lama sgt nk kena tggu 15hb...bkn xpnh wfh sebelum ni
Quote pengecatbintang 2-4-2026 08:08 AM
nnt berlagak porum cari naik BMW

padahal nan hadoo








Quote misszazaz 2-4-2026 09:05 AM
elok la
Quote kotakbaju 2-4-2026 09:06 AM
Ni bukan wfh macam zaman covid dulu nak kena kepong rakyat nak bagi betul2 dok umah tak ngulor sebab takut jangkitan. Cuma wfh kali ni berbeza sikit sebab rakyat still masih boleh keluar ke sana ke sini. Iols cuma terpikir kalau2 nanti kerajaan akan kenakan kuota penggunaan minyak sebulan utk rakyat sebab nak bagi minimumkan penggunaan minyak.
Quote mejaputih 2-4-2026 09:16 AM
kotakbaju replied at 2-4-2026 09:06 AM
Ni bukan wfh macam zaman covid dulu nak kena kepong rakyat nak bagi betul2 dok umah tak ngulor sebab ...

Iols ada rasa2 gomen akan cut lagi 100L...
Quote talapia 2-4-2026 09:50 AM
mejaputih replied at 2-4-2026 09:16 AM
Iols ada rasa2 gomen akan cut lagi 100L...

huhu.. kalau 100L.. aku pon terpaksa WFH la walaupon bukan gomen..
aje gila bayar petrol nak gi keje... 50km sehari.. eh letih.

duduk rumah je.. nak ngular ke mana? nak keluar berjalan2 pon pakai petrol.. pakai duit..
mode jimat cermat ni.. abis2 pon ngular tido je la kt umah tu.
Quote kotakbaju 2-4-2026 09:53 AM
mejaputih replied at 2-4-2026 09:16 AM
Iols ada rasa2 gomen akan cut lagi 100L...

Kemungkinan tu ada, cuma kita tunggu la tengok apa plan yg kerajaan akan buat pasal ni.

Sebab kalau kerajaan buat kuota utk hadkan penggunaan minyak utk rakyat, makna kata kalau rakyat nak guna lebih dari tu perlu membayar kos yang mahal utk isi minyak. Meols rasa utk golongan kaya t20 ke atas memang tak terkesan pun pasal ni.

Jadi macam mana nak pastikan rakyat betul2 patuh dok umah tak banyak bergerak, tak banyak guna bahan api, kecuali la diorg ada keter EV, ni memang terkecuali la.

Lepas ni pakat ramai2 beli keter EV pulak.
Quote hart_attack 2-4-2026 10:16 AM
Smpai bila wfh ni?mula 15hb ni. ????
Quote mejaputih 2-4-2026 10:20 AM
kotakbaju replied at 2-4-2026 09:53 AM
Kemungkinan tu ada, cuma kita tunggu la tengok apa plan yg kerajaan akan buat pasal ni.

Sebab ka ...

Kerajaan pun kena improve public transportation..ni ktm komuter waktu puncak setiap setengah jam wth... Iols penah kena sidai 2 jam kat kl sentral sbb ada perubahan jadual tahun baru rupanya non peak 2 jam lak gap train...gosh sgt...
Quote kucingitam 2-4-2026 10:24 AM
so sekolah pun pdpr ke cemana?
Quote nisako 2-4-2026 10:27 AM
hmmmmmmmm

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2026 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.033953 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top