CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buang Silikon & Tatu, Nilam Ortiz Mahu Bersih Menghadap Allah

1-4-2026 10:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1334| Komen: 12

 


Pempengaruh media sosial, Nilam Ortiz berkata dia nekad menjalani pembedahan bagi membuang silikon lama yang pernah dimasukkan ke dalam hidungnya, sebagai usaha untuk menjadi lebih baik.

Memetik Astro Gempak, Nilam berkata prosedur tersebut hanya dapat dilakukan beberapa bulan lalu selepas ditunda kerana dia sedang hamil.

“Saya bukan buat hidung tetapi saya buang silikon. Kalau perasan, bahagian dagu dan hidung saya ada semua parut.

“Baru beberapa bulan yang lalu dibuang. Tahun lepas ada buat tetapi doktor tak boleh buang sepenuhnya sebab saya tengah mengandung. Jadi bila dah bersalin, baru buang kesemuanya.

“Jadi sekarang ni, saya tak kisah apa orang cakap sebab saya dalam proses untuk pembersihan,” katanya.

Sementara itu, Nilam berkata dia dalam proses membuang tatu yang pernah dicacahnya satu masa dahulu. Menurut Nilam lagi, semuanya bermula selepas dia selesai menunaikan umrah November tahun lalu. 


“Saya mengambil langkah bukan sahaja membuang silikon tapi saya hampir membuang kesemua tatu-tatu saya.

“Saya cuba nak menjadi manusia lebih baik, sebab itu sekarang ini saya kurang lantang, tak fokus kepada orang tetapi lebih fokus kepada diri, anak dan keluarga saya.

“Saya dapat satu benda yang baru ketika menunaikan umrah tahun lalu. Bila saya pergi Makkah, saya dapat banyak benda yang baik-baik Allah bagi pada saya. Jadi, saya nak ‘bersih’ bila menghadap Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Nilam berkata meskipun ada yang mengatakan tidak perlu untuk berbuat demikian namun baginya jika dia berani untuk lakukan harus berani untuk membuangnya.

“Sebelum ini badan saya ada tatu, silikon jadi saya nak ubah. Ada yang kata pada saya tak perlu sebab sakit tetapi pada saya, kalau saya berani buat, saya kena beranilah buang. Sakit waktu buat, lebih baik kita sakit waktu kita buang. Itu saya punya pandanganlah,” katanya.


Sumber – Astro Gempak, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 1-4-2026 10:46 PM
dia ni semua benda nak cerita.... artis ker?
Quote Tikus2020 1-4-2026 11:25 PM
sy je ke x kenal dia ni
Quote prince_marhaen 2-4-2026 08:07 AM
Semak laki bini rempit ni.... acah2 rebel ada tatu ada silikon..bape kali nk ulang cerita sama ntah...
Quote lasagna 2-4-2026 08:17 AM
jap jap.. silikon kat hidung,
buangnya melalui bawah dagu ek? mcm2 hal laa.
xyh lahh beriya cite aib ni, yer tau la ko tu reverted to muslim,
benda2 gini xyh laa nk cite semua kat satu malaya kak.
Quote prettyuglybabe 2-4-2026 10:22 AM
try hard betul nak keluar esbok..
ko bukan retis pun orang nak amik tau..
Quote slyfynx 2-4-2026 11:45 AM
Ko ialah sape?
Aku kenal Nur Nilam Sari je.
X pun NILAM bacaan buku kat skolah tu
Quote Duta lover 2-4-2026 12:08 PM
Mcm pelik...niat dia nak remove
Tapi nada tu mcm bangga

KESEMUA TATU TATU saya

Ala2 nk btau byk tatu gitu walhal aku yakin 99 peratus rakyat (or maybe) 99.9 peratus tatau pun dia ada tatu
Quote marchikobonzo 2-4-2026 02:01 PM
Hang sapa?
Quote Blu3butter 2-4-2026 02:09 PM
Bagus la....
Ok next
Quote tahanie 3-4-2026 12:04 AM
Sape ngko ni
Quote cikedee 3-4-2026 04:07 PM
adui sapa plak niiii.. sowi langsung x kenal! salah forum ke apa
Quote selipar_hijau 3-4-2026 10:08 PM
pangsapuri nilam mana pulak ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.101398 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top