CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghantar barang maut, mayat ditemui dalam Axia langgar pokok kelapa sawit

1-4-2026 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2189| Komen: 12

 


KOTA TINGGI – Perjalanan seorang wanita berakhir dengan tragedi apabila dia ditemukan tidak bernyawa dalam keretanya yang dipercayai terbabas di Kilometer 2, Jalan Lok Heng–Mawai, di sini pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Anna Hanieza Bahari, 36, yang bekerja sebagai penghantar barang dijumpai orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Perodua Axia.

Difahamkan, kejadian itu disedari orang awam yang melalui jalan tersebut sebelum ternampak sebuah kereta berada di kawasan kebun sawit di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 7.45 pagi dan siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai terbabas.

“Pemandu kereta mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayatnya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.  


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 2-4-2026 01:21 AM
Dashcam tunjok ape?
Quote hart_attack 2-4-2026 10:19 AM
Siasatan awal dpati kereta dpercayai terbabas. Terlanggar pokok,remuk mcm bwk laju je
Quote supernaturalee 2-4-2026 11:17 AM
berapa jarak dari jalan raya tu

dlm gmbr tak nmpk jalan

Quote mejaputih 2-4-2026 11:20 AM
supernaturalee replied at 2-4-2026 11:17 AM
berapa jarak dari jalan raya tu

dlm gmbr tak nmpk jalan

kalau jauh dari jalan raya mcm pelik belah dalam kebun sawah masih terbabas. tu pun x nmpk lorong sgt lekuk2 je.
Quote supernaturalee 2-4-2026 11:26 AM
mejaputih replied at 2-4-2026 11:20 AM
kalau jauh dari jalan raya mcm pelik belah dalam kebun sawah masih terbabas. tu pun x nmpk lorong  ...

teghelap kot

sekali tersedar jd panik sbb gelap gelimat, depan lembaga tinggi2 yg sbnrnya pokok sawit






Quote kemaruk 2-4-2026 11:33 AM
tadi pagi masa bangkem driving (tak semestinya kereta BMW), kereta kat depan bangkem berenti tak gerak2, pastu bangkem dan kereta2 lain hon.. tak gerak jugak..

bangkem pon bagi signal dan potong tepi, toleh kejap ke sebelah nampak macam pemandu tu mendongak ke atas mulut macam ternganga sikit.. tak bergerak

maybe kena sakit jantung
Quote Blu3butter 2-4-2026 12:18 PM
Innalillahiwainnaillahirojiun
Terbabas lepas hantar barang ke rumah dlm kebun sawit tu ke? Isk kalau org tak biasa mmg menggagau la dgn gelapnya dgn takde signnya
Quote Cyempaka 2-4-2026 02:23 PM
semoga dicucuri rahmat.
ntah2 tengah cari rumah orang nak hantar barang.. waze pulak bagi jalan bukan2 sampai ke kebun sawit peginya
Quote BoongaKertas 2-4-2026 03:44 PM
innalillah. moga rohnya dicucuri rahmat Allah. sedihnya baca, kesian family dia agaknya mencari2 gak.
Quote vanilacup 2-4-2026 04:12 PM
Allahu Rabb...kereta mcm ni memang rasa ringan ya sbb selalu nampak diaorang bawak kereta ni pandu laju mcm tak ada apa halangan nak tekan pedal tu sekuatnya...huuh
Segala ajal maut sudah kententuan Allah..sampai masa habislah tempohnya hayat manusia...
Quote renko 2-4-2026 04:51 PM
mcm mana keretanya g ke situ
Quote liyamariska 3-4-2026 12:39 AM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.182937 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top