CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan ‘overprotective’, risau anak kena buli – Cristina Suzanne

1-4-2026 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1227| Komen: 7

 


Pelakon Cristina Suzanne menegaskan tidak akan menghantar anak lelakinya, Adrian Noah Faiz, 7, memasuki sekolah berasrama kerana bimbang belum mampu berdikari sepenuhnya.

Menurut Cristina, 41, proses untuk membentuk sikap berdikari sepatutnya berlaku selepas tamat persekolahan.

“Bagi saya kalau dia (anak) nak berdikari, masa yang sesuai adalah selepas tamat zaman persekolahan. Tinggal dan kerja sendiri, itu waktu yang tepat.

“Umur 18 tahun baru sesuai untuk ‘explore’. Kalau umur 14 atau 15, pada saya terlalu awal untuk dia urus serta kawal emosi.

“Kalau tinggal di asrama, saya risau berlaku isu buli dan sebagainya. Takut nanti saya pula yang datang ke sekolah dan marah orang. Tak mahulah dia pula menyampah dengan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat filem Jangkar yang berlangsung di ibu pejabat Metrowealth (MIG) di sini, semalam.


Sambungnya lagi, mungkin segelitir pihak menganggap tindakannya terlalu melindungi anak, namun itu langkah terbaik bagi mengelakkan timbul banyak masalah kemudian hari.

“Saya bukan jenis ibu yang ‘overprotective’.

“Lebih kepada risau, jadi sebaiknya kita mengelak serta berjaga-jaga,” ujarnya.

Berkongsi mengenai filem Jangkar arahan Jasong King dan Ayish Shaukat, Cristina menerima tawaran itu kerana tertarik dengan genre epik yang diketengahkan.

“Saya bukan pegang watak utama dan terima projek ini kerana sudah lama mengidamkan genre epik.

“Harap penggambaran yang akan bermula pada 7 April depan berjalan lancar,” ujarnya.

Selain Suzanne, Jangkar turut dibintangi Yusof Hashim, Fikry Ibrahim, Noki K-Clique, Alieff Irfan dan Datuk Tarmimi Siregar.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tikus2020 1-4-2026 11:26 PM
x kenal
Quote lasagna 2-4-2026 08:27 AM
lorrrr sekejapan anak dia dah 7 taon ek..
Quote Mayonis00 3-4-2026 08:17 PM
Weh Lama tak nampakkk,dah kawen rupanya????
Quote pichee 3-4-2026 10:46 PM
die ni ke yg jd askar us tu?
Quote LipasComel 7-4-2026 02:34 PM
pichee replied at 3-4-2026 02:46 PM
die ni ke yg jd askar us tu?

bukan chuol, tu sarah hildebrand
Quote HoneyManjer 7-4-2026 02:54 PM
lama tak dengau eh nama dia
Quote Freezies 7-4-2026 03:22 PM
Bukan dulu cris chempaka ke?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.252536 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top