|
NAMA pelakon Lee Jang Woo kini menjadi perhatian selepas didakwa mempunyai hutang tertunggak dengan pembekal bahan mentah untuk restoran sup miliknya.
Memetik laporan Korea Boo, hutang berkenaan dianggarkan RM5 juta (₩1.8 bilion) dan telah tertunggak selama lapan bulan. Menurut pembekal berkenaan, pada awal perniagaan aktor tersebut tidak menghadapi sebarang masalah untuk melakukan pembayaraan. Bagaimanapun, situasi mula berubah apabila pelakon itu didakwa melengah-lengahkan bayaran, menyebabkan jumlah tertunggak semakin meningkat dari masa ke masa. "Saya mempercayainya kerana dia seorang selebriti dan sanggup menunggu, tetapi pembayaran telah ditangguhkan selama lebih setahun. "Dia akan membayar hutang sekitar RM6,000 sambil memesan bahan-bahan bernilai RM14,000, jadi hutang itu terus menimbun," katanya. Buntu dengan perkara tersebut, pembekal berkenaan akhinya menghantar mesej sendiri kepada aktor tersebut dan menuntut agar dia membuat pembayaran segera. Namun rakan kepada aktor itu tampil mendakwa Jang Woo bukan pemilik restoran berkenaan. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Jang Woo mengenai tuduhan tersebut. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047676 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.