CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Tampil manis berbaju kurung, Hannah Yeoh jayakan video raya depan bangunan ikonik

17-3-2026 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2717| Komen: 17

 



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, mencuri perhatian peminat apabila tampil menawan berbaju kurung semasa menjayakan video sambutan Hari Raya di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, salah satu bangunan warisan ikonik yang baharu sahaja dinaiktaraf.

Ditanya mengenai baju digayakan oleh Hannah dalam video berkenaan, Setiausaha Akhbar, Ahmad Fazli Mohd Yad memberitahu ia diukur khas mengikut citarasa

“Saya dimaklumkan tukang jahit itu bernama Diana di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan memang baju tu sangat cantik,”katanya kepada OhMyMedia.
Rakaman video sambutan Aidilfitri itu memaparkan Hannah Yeoh cuba menari dengan penuh ceria, walaupun akui beliau bukan penari profesional.

“Maaf saya tak pandai menari, tapi cuba khas untuk Hari Raya,” tulis Hannah Yeoh dalam kapsyen video berkenaan.

 



Bangunan bersejarah itu dipilih sebagai lokasi rakaman bagi menonjolkan keindahan warisan Kuala Lumpur.

Video itu turut menampilkan kelibat seorang “pak joget” secara spontan, yang menambah elemen santai dan mencuit hati penonton.

Meskipun tidak pandai menari, namun ramai memuji semangat dan keberanian Hannah Yeoh mencuba sesuatu yang baru bagi menyemarakkan suasana Aidilfitri.


Sumber: FB Hannah Yeoh, OhMyMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_white 17-3-2026 04:33 PM
Cina dap sanggup buat apa saje..hari tu dia pakai tudung..
Quote Purestteam1 17-3-2026 05:13 PM
meluat
Quote axl_bach 17-3-2026 05:19 PM
miss_white replied at 17-3-2026 04:33 PM
Cina dap sanggup buat apa saje..hari tu dia pakai tudung..

Skop tugasan dia kot... Alah, dia buat pi lah apa pun, kalau yg benci dia tetapxkan undi dia gak...
Quote miss_white 17-3-2026 05:45 PM
axl_bach replied at 17-3-2026 10:19 AM
Skop tugasan dia kot... Alah, dia buat pi lah apa pun, kalau yg benci dia tetapxkan undi dia gak.. ...

dia bagi sumbabgan ambil. Tapi undi jgn undi dia..ingat cina2 yg kerajaan tolong bg bantuan tu nk undi parti melayu kah...jgn harap lah..
Quote Decaffeinated 17-3-2026 06:04 PM
Hazab weyy tiap kali jabatan buat photoshoot, belum lagi buat video. Gegehnya dia...
Quote axl_bach 17-3-2026 06:05 PM
miss_white replied at 17-3-2026 05:45 PM
dia bagi sumbabgan ambil. Tapi undi jgn undi dia..ingat cina2 yg kerajaan tolong bg bantuan tu nk ...

Lah, biasalah tu.... Mengundi hak masing2, sumbangan kerajaan bukan hak parti.....
Quote kaseh80 17-3-2026 06:20 PM
Definitely Bukan baju kurung

Gimmick politik
Quote Decaffeinated 17-3-2026 11:14 PM
miss_white replied at 17-3-2026 05:45 PM
..ingat cina2 yg kerajaan tolong bg bantuan tu nk undi parti melayu kah...jgn harap lah.

parti melayu tu UMNO ka? jgn kan cina, melayu pun tak undi



Quote kayujaras 18-3-2026 09:16 AM
bukan susah pun nak pikat hati orang melayu
Quote Dysania@72 18-3-2026 09:19 AM
play along, tunggu undi jer naaa
Quote Decaffeinated 18-3-2026 09:23 AM
kaseh80 replied at 17-3-2026 06:20 PM
Definitely Bukan baju kurung

Gimmick politik

Ada istilah baju kurung moden. Sedangkan baju Melayu lelaki tu pun skrg bukan main banyak versi dah. Hancur.
Quote miss_white 18-3-2026 04:25 PM
Decaffeinated replied at 17-3-2026 04:14 PM
parti melayu tu UMNO ka? jgn kan cina, melayu pun tak undi

Pas /PN ini semua parti melayu  lah .
Quote Skuau 18-3-2026 04:39 PM
miss_white replied at 17-3-2026 04:33 PM
Cina dap sanggup buat apa saje..hari tu dia pakai tudung..

pernah dgr..good cop...bad cop..gitula politikus dan parti depa...main peranan.
Quote Decaffeinated 18-3-2026 05:08 PM
miss_white replied at 18-3-2026 04:25 PM
Pas /PN ini semua parti melayu  lah .

PAS parti Islam, bukan parti melayu. PN pun bukan parti Melayu.
Quote piamad 26-3-2026 03:10 AM
Job scope menteri ke ni
Quote B40tastePosh 30-3-2026 06:24 AM
Orang Malaysia muka Bangla
Quote pinkpunk 7-4-2026 12:11 PM
dia ni memang uniform baju kurung pun.. event hari wanita pun dia pakai baju kurung

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.041414 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top