CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon baharu buat hal! Bekas teman wanita ‘spill the tea’... "Dia selalu curang, ada anak dengan perempuan lain"

17-3-2026 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 639| Komen: 3

 


POPULARITI semakin meningkat menerusi drama BL terkenal Revenged Love, nama pelakon Cina, Tian Xu Ning menjadi perhatian ramai apabila terdapat beberapa dakwaan negatif mengenai dirinya.  

Dakwaan tersebut dibuat oleh bekas teman wanitanya dikenali Xu Ning, 29, yang mendakwa aktor itu bukan lelaki yang baik. 

Dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini, wanita tersebut mendakwa dia dan pelakon itu pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun selain berkongsi foto bercium kepada umum. 

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa pelakon itu berlaku curang sepanjang tempoh mereka bercinta, malah menyebut tentang seorang anak yang didakwa hasil hubungannya dengan wanita lain.

"Dia telah bersama dengan ramai wanita sepanjang dua tahun kami bersama. Saya tahu dia mempunyai seorang anak dengan wanita lain," katanya sambil menahan air mata.

Susulan pendedahan itu, syarikat Xu Ning segera mengeluarkan kenyataan menafikan semua dakwaan dan berjanji akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang fitnah.

Sebelum ini, syarikat pelakon itu juga pernah menafikan dakwaan mengenai perkahwinan rahsia dan anak. 

Sumber : Mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 17-3-2026 12:38 PM
Tak pakai make up pun herlok.
Quote kayujaras 18-3-2026 09:21 AM
terkejut.. ingatkan Eunhyuk Super Junior td
Quote Page88 20-3-2026 04:19 AM
Typical.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061391 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top