|
KUMPULAN The Pussycat Dolls mengimbau kenangan pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia apabila persembahan mereka dikatakan terlalu seksi sehingga membawa kepada sekatan oleh pihak berkuasa tempatan.
Menerusi temu bual bersama vt, anggota kumpulan tersebut, Kimberly Wyatt berkata pengalaman itu masih segar dalam ingatan mereka walaupun ia berlaku sekitar tahun 2006. Kata Kimberly, kejadian itu benar-benar mengejutkan kerana pada awalnya mereka sendiri tidak menyedari isu tersebut telah menjadi berita besar di negara ini. "Pakaian kami sebenarnya hanya terdedah pada bahagian bahu dan perut sahaja, tetapi masyarakat Malaysia tidak dapat menerimanya. "Keesokan harinya, ketika kami berada di lapangan terbang, kami terkejut apabila melihat berita kumpulan Pussycats Dolls telah disekat di Malaysia," katanya. Mengimbau kembali situasi tersebut, Kimberly berkata mereka kemudian kembali semula ke Malaysia bagi menghadiri sebuah acara dengan penampilan yang lebih sopan.
"Kami kembali semula ke Malaysia dengan memakai pakaian bertutup seperti turtleneck untuk menghadiri acara MTV Asia Awards. "Panasnya sangat terasa," ujarnya. Untuk rekod, kumpulan The Pussycat Dolls yang dianggotai oleh penyanyi utama Nicole Scherzinger bersama ahli lain seperti Ashley Roberts, Kimberly Wyatt, Jessica Sutta dan Melody Thornton pernah mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seksi ketika membuat persembahan di Sunway Lagoon, Selangor pada 2006. Susulan itu, penganjur acara berkenaan dikenakan denda sebanyak RM10,000 kerana membenarkan persembahan tersebut berlangsung. Sumber : Mstar |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042667 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.