|
SETIAP orang antara kita pasti mempunyai nostalgia mengenai sampul duit raya, sama ada sebagai pemberi mahupun penerima.
Kenangan tersebut adakalanya tidak mampu dilupakan sehingga bertahun-tahun lamanya seperti usahawan wanita ini. Mengimbau peristiwa yang berlaku 10 tahun lalu, Nana Azman berkata, perkara yang tidak boleh dilupakan apabila rakannya tersalah beri sampul duit raya kepada empat orang anaknya pada ketika itu. "Kawan aku datang beraya di rumah dan beri anak-anak aku duit raya. "Selepas dia dah balik, aku belek-beleklah sampul duit raya yang dia bagi tu. Ya Allah, aku nampak dekat sampul duit raya tu ada tulis sesuatu," kongsinya di Thread. Sudahlah terkejut dengan 'label' yang ditulis pada setiap sampul itu, jumlah yang terdapat di dalamnya juga tidak seperti kebiasaan duit raya yang diberikan kepada kanak-kanak. Situasi yang berlaku itu membuatkan Nana menjadi cemas dan terus menghubungi rakannya. "Sampul pertama bertulis abah, kedua mak dan sampul ketiga dan lain tertulis adik. "Semua ada empat sampul sebab masa tu aku ada empat orang anak. Aku terus tengok dalamnya, jumlah bukan sikit-sikit. "Keseluruhannya berjumlah RM800 lebih, aku terus hubungi kawan dan bagitahu dia tersilap bagi sampul," ujarnya mengimbas apa yang terjadi.
Namun apa yang mengejutkan Nana, reaksi yang diterima daripada rakannya itu benar-benar di luar jangkaan dan membuatkan dia kelu seribu bahasa. "Dengan tenang dia jawab... it's okay Nana, itu rezeki anak-anak kau. Dah tersilap nak buat macam mana. "Aku merayu nak pulangkan, tapi dia memang sejenis cool sangat dan dia cakap... itu dah jadi hak anak-anak kau. Menurut Nana, sehingga ke hari ini dia masih tidak dapat melupakan sikap rakannya yang begitu tenang dan reda walaupun tersalah beri sampul raya. "Kawan aku tu gelak-gelak je, aku yang sampai ke sudah gelabah tak hilang. "Dia memang chill dan reda sungguh beri duit raya RM800 lebih untuk anak-anak aku," katanya lagi. Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman menerima sampul 'berlabel'. Sumber : Mstar |
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.039862 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.