CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sekarang saya kutip dana, itu saja cara teruskan hidup’ - Nonny Nadirah

12-3-2026 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7796| Komen: 94

 



Serba tidak menjadi, pelakon Nonny Nadirah mengakui kehidupannya kini berubah drastik apabila kehilangan sumber pendapatan termasuk perniagaan dalam talian yang diusahakan sejak sekian lama.

Ujar Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 36, situasi tersebut menyebabkan dirinya berdepan kesukaran besar sehingga terpaksa memohon bantuan orang ramai bagi meneruskan kehidupan harian.

“Assalamualaikum, saya Nonny Nadirah dari Malaysia. Saya ingin memaklumkan bahawa kini saya kehilangan segalanya dan sukar untuk saya jelaskan apa sebenarnya berlaku.

“Pada tahun 2003, saya memulakan perniagaan dengan modal hanya RM200. Ketika itu saya bukan bergerak sebagai penyanyi atau pelakon, sebaliknya sekadar bekerja dari rumah,” katanya dalam TikTok

Tambah pelakon Budak Intern itu, kehidupan yang dibina sejak sekian lama mula berubah selepas pendiriannya menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Malah, perkara tersebut memberi kesan besar terhadap kerjaya serta sumber rezekinya.

“Saya masih bekerja tetapi selepas saya menyatakan sokongan terhadap Palestin, semua perkara seperti disekat.

“Kehidupan dan kerjaya saya seolah-olah runtuh sekelip mata.

“Jadi sekarang saya cuba mengutip dana kerana itu sahaja cara yang ada untuk menampung kehidupan harian,” luahnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam media sosial yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat selain mendoakan agar Nonny kembali bangkit selepas melalui fasa sukar dalam hidupnya.

“Semoga dipermudahkan urusan Nonny. Rezeki Allah luas, pasti ada jalan keluar.

“Terus kuat. Kadang-kadang ujian datang untuk menguatkan kita.

“Semoga ada pihak dapat membantu dan memberi peluang baharu,” tulis beberapa netizen.

Namun, terdapat juga segelintir pihak mempertikaikan kenyataan tersebut selain meminta penjelasan lanjut mengenai situasi sebenar dihadapi pelakon terbabit. 

Sumber -  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 800214 12-3-2026 04:46 PM
Senang eh main kutip2 dana je.. Kita buat live affiliate pun boleh dpt duit. Ko tu mantan artis.. Pasti lagi laku... Ada pulak main kutip2 dana
Quote Tinot7 12-3-2026 04:49 PM
Dah tua.. susah nak dpt job blakon.. masa muda sempat buat degree tak?
Quote prince_marhaen 12-3-2026 04:53 PM
Tiberrrrrrrrrrrr pasal Palestine.... yang kau telanjang2 mandi dalam besen, amik gambar terkangkang, buat video merepek..... tu apaaaaaa????? syaitan also konpius dengan kau! Siapa je berani bagi kau job kalau kau pun tingtong all the time!
Quote cempakaa 12-3-2026 05:44 PM
Sakit apa ye sebenarnya dia ni? Betul ke buatan orang
Quote Shayang 12-3-2026 06:27 PM
Edited by Shayang at 12-3-2026 06:30 PM

Ada rupa dan masih kurus
Kalau minat duk depan kamera
Boleh jadi live host
Baca komen dan layan org tanya pasal saiz baju
Quote Perawankota 12-3-2026 07:09 PM
Ramai lagi artis lain ckp pasal Pale**** ni. Tapi dorg elok je bekerja.. Kesian jugaklah Kat ko ni..
Quote cm_vungtau 12-3-2026 07:49 PM
Tak habis2 semua nak nunggang Palestine. Bukan ke market ko pun takat orang melayu aje? Lain la kalau ko sokong Israhell
Quote kmbg 12-3-2026 07:52 PM
Makin patah mental dia ni..mmg dok sorang ke..bahaya
Quote red_velvet 12-3-2026 08:12 PM
Sampai kutip Dana nak makan minum hari2 ek.. Senangnye retis mintak sedekah. Jaja citer sedih sikit ramai marhaen kesian sanggup transfer.. Yiiihhhh!
Quote sharlenetexas 12-3-2026 08:21 PM
red_velvet replied at 12-3-2026 08:12 PM
Sampai kutip Dana nak makan minum hari2 ek.. Senangnye retis mintak sedekah. Jaja citer sedih sikit  ...

Bahasa mudah mintak sedekah hulur tin milo.


Quote tahanie 12-3-2026 10:22 PM
Kutip dana = mintak sedekah la kan? Tulang empat kerat tak boleh pakai ke?
Quote LadyCarefree 12-3-2026 10:36 PM
red_velvet replied at 12-3-2026 07:12 PM
Sampai kutip Dana nak makan minum hari2 ek.. Senangnye retis mintak sedekah. Jaja citer sedih sikit  ...

Datuk Merah, Belekis Moganpox kaut ratus ribu hasil derma kan?
Quote sukacactus 12-3-2026 10:55 PM
Senang keje ko
Quote slyfynx 12-3-2026 11:31 PM
Alasan.
Tau nk pau duit org je.
Mengharap belas
Quote viva_gerl 12-3-2026 11:37 PM
Tak malu ke
Quote Lampuled 12-3-2026 11:38 PM
Asalkan bukan sbb ambik brg terlarang atau ada buat perangai pelik²  mmg valid kesusahan tu. Bkn semua org ada nasib yg baik, ada je yg buat apa pun jd serba tak kena. Bukan pemalas cuma ujiannya mcm tu. Tak semua orang beruntung ada support system yg baik dlm hidup.
Quote mizzmimi 12-3-2026 11:39 PM
sokong palestin = hidup & kerjaya runtuh

ye ke dek.. ada je naik mahkamah sebab sauk jutaan.. yang tak kantoi sure lagi ramai..
Quote Blu3butter 13-3-2026 12:22 AM
Dah situ pulak disalahkan... Kesian tp takde family ke yg sudi nak membantu
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2026 07:40 AM
tahanie replied at 12-3-2026 10:22 PM
Kutip dana = mintak sedekah la kan? Tulang empat kerat tak boleh pakai ke?

Boleh tp penat sket haha

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061567 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top