CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

‘Dah macam berkampung, sikit lagi ada rumah celah pasu’ - Orang ramai desak pihak berkuasa ambil tindakan segera ke atas pengemis, gelandangan

12-3-2026 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2578| Komen: 18

 



PETALING JAYA – Orang ramai mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas pengemis, peminta sedekah dan gelandangan didakwa ‘mencemarkan’ pemandangan ibu negara khususnya di Bukit Bintang, iaitu antara kawasan tarikan pengunjung termasuk pelancong antarabangsa.

Menerusi satu video dimuat naik pada Facebook Manji Poyo, kelihatan beberapa individu ada yang sedang duduk bersila, tidur di celah pokok hiasan selain berniaga barangan di tepi laluan berdekatan stesen MRT Bukit Bintang.

“Dah macam berkampung, sikit lagi ada rumah celah pasu ni,” menurut kapsyen ringkas pada video berkenaan.

Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial mendesak aktiviti mengemis dan meminta sedekah di sekitar Kuala Lumpur dibanteras, lebih-lebih lagi isu itu didakwa berlaku sejak sekian lama.

Dalam masa sama, ada yang mempersoalkan status kewarganegaraan pengemis, peminta sedekah dan gelandangan tersebut berikutan boleh jadi bukan hanya warga Malaysia, malah melibatkan warga asing.

“Makin teruk dah. Sakit mata tengok, mana pihak berwajib ni,” komen pengguna Facebook HaryRay Zahary.

“Dah semakin teruk di Bukit Bintang dengan minta sedekah warga asing,” kata Mahani.

“Tak lama lagi, dia orang buat rumah pula,” kata Fatimah Ibrahim. 



Sumber -  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 12-3-2026 09:15 PM
Dbkl tgh lena
Quote TTun_Teja 13-3-2026 07:28 AM
Stress tgok undang2 Malaysia..
Quote B40tastePosh 13-3-2026 08:17 AM
Malaysia kena buat undang2 kecil gelandangan
Quote ekselen 13-3-2026 09:18 AM
TTun_Teja replied at 13-3-2026 07:28 AM
Stress tgok undang2 Malaysia..

Lemah kan?pdhal muntri2 punyalah ramai tp tak dpt nk selesaikan masalah yg satu ni.. makin berlambak lg diorg ni ada lah.. haritu gi kedai nasi gepuk kt satu kwsn ni penuh warga asing (waktu mlm).. diorg melepak ramai2 di kwsn terbuka dkt kwsn perumahan tu...
Quote rikiruj 13-3-2026 09:31 AM
Pihak berkuasa ni nak kena tunggu orang report je ke... tapi kalau bab parking cepat je saman nya.. ada je tukang saman berlegar sampai 2-3 kali sehari tempat sama.
Quote justchu 13-3-2026 10:51 AM
melaka jugak best
harini nampak gelandangan
esok lesap dah kena angkut

jgn harap ko merayap2
Quote Blu3butter 13-3-2026 11:11 AM
Dgn penguatkuasa yg bersikap pejam mata, dgn ngo2 yg asyik nak sara makan pakai diarg ni mana tak membiak
Quote silance 13-3-2026 11:18 AM
Pasang body camera nak tangkap di bazar. Pendatang haram jadi pengemis dibiarkan.
Taun lepas aku lalu kat area lrt masjid jamek tepi mekdonal tu pengemis import jalan 10 tapak jumpa sorang.
Quote afie_m 13-3-2026 12:02 PM
sedih tgk kl sekarang ni..nak jln2 pun takut..
Quote FOTHER-MUCKER 13-3-2026 12:18 PM
Saya tengok di YouTube dalam McDonald’s BB peminta sedekah dari Middle East. Mereka memsksa orang memberi wang.


Quote nisako 13-3-2026 01:39 PM
stress tgk
Quote Skuau 13-3-2026 01:59 PM
B40tastePosh replied at 13-3-2026 08:17 AM
Malaysia kena buat undang2 kecil gelandangan

saiya ulang(atas tu tulis)...stress tengok undang2 Msia.
Quote TOPwind 14-3-2026 12:54 AM
pengemis ni adalh bisnes yg menguntungkan

modal mereka cuma bayar pada penguatkuasa.
Quote imthegirl 14-3-2026 06:32 AM
Datang NGO terpaling kemanusiaan sumbat nasik hari hari. Seronok la deme
Quote Samerosie 14-3-2026 10:00 AM
Dekat negara2 omputih, derang akan letak notices atau signbiard macam ni.  Suggest dbkl pun letak signboard merata supaya tourista and locals pun aware.  Kena tulis situ illegal supaya org takut kalau x... Salah pmx juga.. Eh tiber.

1000100637.jpg

1000100638.png
Quote Samerosie 14-3-2026 10:00 AM
imthegirl replied at 14-3-2026 06:32 AM
Datang NGO terpaling kemanusiaan sumbat nasik hari hari. Seronok la deme

Itupun complain kan hari2 lauk sama... Eh eh..
Quote FOTHER-MUCKER 15-3-2026 07:46 AM
[fbp]https://www.facebook.com/reel/1424016988595634/?fs=e&fs=e[/fbp]

https://www.facebook.com/reel/1424016988595634/?fs=e&fs=e
Quote FOTHER-MUCKER 15-3-2026 05:38 PM



[fbp]https://www.facebook.com/reel/1272265608377954/?fs=e&fs=e[/fbp]
https://www.facebook.com/reel/1272265608377954/?fs=e&fs=e

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.490205 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top