|
Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida memberitahu anak keempat mereka Yusoff Al Qardawi disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) serta masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
Memetik BH Online, Shahida berkata anak keempatnya itu mula menunjukkan tingkah laku yang berbeza seawal berusia satu tahun. “Apabila melihat Yusoff, saya sudah dapat rasakan dia berbeza kerana sangat aktif. Pada usia satu hingga dua tahun, hampir setiap hari ada benjol di kepalanya. “Malah ketika berusia lima tahun, dia pernah duduk di atas genting rumah seorang diri kerana katanya mahu menjadi ‘superhero’,” katanya. Sementara itu, Shahida berkata dia membawa Yusoff bertemu pakar selepas melihat sikap berani anaknya itu yang tanpa rasa takut memanjat tempat tinggi dan anaknya turut mengikuti sesi terapi dua kali seminggu serta menunjukkan perkembangan positif. “Selepas menjalani beberapa ujian, Yusoff disahkan menghidap ADHD. Kanak-kanak ADHD tidak suka ditekan. Jika ada yang terlalu ramah, dia tidak selesa lalu menolak dengan cara kasar. “Perkara itu berlaku beberapa kali dan saya mengambil keputusan memindahkannya ke sekolah lain yang lebih dekat dengan rumah supaya mudah menghadiri sesi terapi,” katanya. Menurut Shahida lagi, selain Yusoff, dua lagi anak mereka iaitu Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham sebelum ini turut disahkan menghidap disleksia. “Qadejah dan Ibraheem pernah bersekolah di sekolah khas disleksia kira-kira enam bulan. Selepas keadaan mereka bertambah baik, barulah dipindahkan ke sekolah biasa. “Apabila saya tanya suami, dia beritahu dulu hanya boleh membaca ketika berusia 12 tahun dan sering keliru antara kiri dan kanan. “Bermula dengan Qadejah, saya mula belajar mengenai ADHD. Bila nampak Yusoff menunjukkan tanda sama, pada awalnya saya cuba menafikan, tetapi akhirnya terpaksa menerima kemungkinan ia diwarisi daripada bapanya,” katanya. Sumber : Berita Harian, Rotikaya
|

Kitty_catz replied at 11-3-2026 01:47 PM
bapak nya tu tak check pun rasa mmg dah dlm spectrum
Kitty_catz replied at 11-3-2026 01:47 PM
bapak nya tu tak check pun rasa mmg dah dlm spectrum


rain2169 replied at 12-3-2026 08:42 AM
kalau tak silap I Aliff Syukri ni dulu ada anak angkat kan?
mana budak tu sekarang ek....
meah_kelabu replied at 11-3-2026 01:56 PM
bole hntar dkt skolah dpn wisma dherbs tu tapi tu la, owner skolah plak kekwat smcm
asek menekan2 je ...

NuansaBiru replied at 11-3-2026 05:30 PM
Sapa2 yg familiar dgn apak dia punya postings (sendiri tulis, bukan PA) mmg nampak pattern agak je ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.166805 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.