CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Cubaan bunuh, Wanita ditahan selepas rumah Rihanna di Beverly Hills ditembak

10-3-2026 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 620| Komen: 9

 


Seorang wanita berusia 35 tahun telah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam cubaan membunuh selepas kediaman bintang pop Rihanna di Beverly Hills disasarkan dalam insiden tembakan pada Ahad, menurut Polis Los Angeles.

Suspek yang dikenali sebagai Ivanna Lisette Ortiz, dari Florida, dilapor melepaskan beberapa das tembakan dari sebuah kenderaan Tesla berwarna putih, menggunakan senjata jenis AR‑15, seperti dilaporkan Los Angeles Times.

Rihanna berada di dalam rumah ketika kejadian, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Polis menemukan kelongsong peluru senapang serbu di lokasi kejadian, manakala beberapa tembakan mengenai bahagian luar rumah dan sebuah kenderaan yang diparkir di hadapan.

Motif serangan masih belum dikenal pasti.

Pihak berkuasa kemudiannya mengesan Tesla berkenaan kira‑kira 12km dari rumah Rihanna, di pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria, sebelum menahan suspek tanpa insiden lanjut.

Jaminan telah ditetapkan pada AS$10.2 juta.

Ortiz, yang berasal dari Orlando, Florida, turut didapati memiliki senjata api jenis raifal serbu di dalam keretanya ketika ditahan.

Pihak polis masih menyiasat sama ada suspek mempunyai sebarang hubungan dengan Rihanna atau keluarganya.

Rihanna, yang kini menetap di rumah tersebut bersama pasangannya A$AP Rocky dan tiga anak mereka, dilaporkan selamat.

Wakil penyanyi itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.


Sumber - Astro Awani


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hihanghoheng 10-3-2026 02:49 PM
Quote babelina 10-3-2026 03:10 PM
omg..whatttttt
Quote marchikobonzo 12-3-2026 11:41 AM
omg!!!
Quote BungaKencana 12-3-2026 12:15 PM
peminat fanatik? teringat kes Selena Quintanilla kne tembak dgn presiden kelab peminat sndr
Quote justchu 13-3-2026 09:12 AM
BungaKencana replied at 12-3-2026 12:15 PM
peminat fanatik? teringat kes Selena Quintanilla kne tembak dgn presiden kelab peminat sndr

kalo minat
nape nak bunuh?
Quote BungaKencana 13-3-2026 09:53 AM
justchu replied at 13-3-2026 09:12 AM
kalo minat
nape nak bunuh?

entahhh.. tp ramai artis2 hollywood kne tembak dgn fans sndr.. mental agaknye
Quote justchu 13-3-2026 10:49 AM
BungaKencana replied at 13-3-2026 09:53 AM
entahhh.. tp ramai artis2 hollywood kne tembak dgn fans sndr.. mental agaknye

pelik kan dorang
kita minat means kita suka

dia g bunuh, gila apa?
Quote Page88 14-3-2026 12:07 AM
Rihanna cannot sing to save her life. She uses auto tune. Sad.
Quote royaldanish 17-3-2026 08:11 AM
uihhhh ... nasib baik takde apa2

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.172982 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top