CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon wanita, suami ditahan lagi, kes penjualan lembu pula

9-3-2026 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2736| Komen: 23

 


Pelakon wanita dan suaminya ditahan semula oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-duanya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Untuk makluman, berkenaan pelakon dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman," katanya dalam kenyataan ringkas, awal pagi ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, pelakon wanita dan suami yang ditahan sebelum ini bagi kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia turut disiasat bagi kes penipuan darjah kebesaran membabitkan kerugian kira-kira RM23,000. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihak polis daerah itu menerima satu laporan berkenaan kes itu pada 18 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Harian Metro turut melaporkan pelakon wanita itu ditahan di tempat persembunyian di di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Rabu lalu.

Azahar dilaporkan berkata, ia susulan seorang ahli perniagaan lelaki berusia 56 tahun membuat laporan polis di daerah ini selepas dikatakan ditipu dalam urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor dengan kerugian mencecah RM1.5 juta.

Terdahulu, seorang usahawan produk kecantikan mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang pelakon wanita bersama suaminya membabitkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Sumber - Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 9-3-2026 08:50 AM
gila babeng
Quote chekacheku 9-3-2026 09:03 AM
ingtkan dpt tgkap jerung kaya..kayap rupanya..apa pun xdapat..
Quote menjad 9-3-2026 09:09 AM
kesian terpalit sama dik perangai laki
Quote BoongaKertas 9-3-2026 09:30 AM
kesiannya dia. salah pilih laki ke dia?
Quote acikbajuhijau 9-3-2026 09:44 AM
dia pulak pelakon kan.. dapat lah in character bila menipu orang.

kes penipuan darjah kebesaran membabitkan kerugian kira-kira RM23,000 - ha yang nak beli title tu pun sama. sapa suruh hamak sangat nak bertitle bagai?

Penjualan lembu & hartanah ni acik tak mampu nak komen sebab mcm hah? benda mcm ni ko nak tipu kenapa dik? ko ingat ni zaman dulu ke manusia x celik lagi.
Quote muntahijo 9-3-2026 09:44 AM
sapo?
Quote prince_marhaen 9-3-2026 09:50 AM
kawin senyap2 ke? sebab bernombor ke? hujung2 laki scammer... haha
Quote TomyamPuteh 9-3-2026 01:12 PM
Teringat Sharizat lembu
Quote tahanie 9-3-2026 01:26 PM
Ada lagi! Hebattt
Quote ninja boy 9-3-2026 01:34 PM
Sapo oi
Quote BungaKencana 9-3-2026 02:06 PM

azar azmi - bawa watak fatimah gila dalm cite pujaan hati kanda
Quote bellaamsar 9-3-2026 02:16 PM
Xde gamba suami dia ke?
Quote lolipopmanish 9-3-2026 04:02 PM
Sayang betul dia ni ditangan lelaki yang salah
Quote IzzahF 9-3-2026 04:14 PM
lolipopmanish replied at 9-3-2026 04:02 PM
Sayang betul dia ni ditangan lelaki yang salah

tp dia pun aura2 bad girl aje ai tgk..
Quote 91221 9-3-2026 04:56 PM
Crazy la
Quote Supersirap 9-3-2026 05:01 PM
Semoga perkara dijadikan sempadan buat semua
Quote sphinx 9-3-2026 05:18 PM
BungaKencana replied at 9-3-2026 02:06 PM
azar azmi - bawa watak fatimah gila dalm cite pujaan hati kanda

cite Nur pun dia berlakon kan.. yg tumpang tidur rumah nur pastu nk caras ustaz syafiq kyle
Quote LaskarHijayu 9-3-2026 09:31 PM
Pelbagai kes rupanya dia ye
Quote crazybeach 10-3-2026 04:42 AM
lembu dalam kondo ke

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.074781 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top