|
Tehran: Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad disahkan masih hidup, sekali gus menyangkal laporan yang mendakwa beliau terkorban dalam satu serangan udara di Tehran, pada akhir minggu lalu.
Laporan agensi berita RT yang memetik sumber terdekat pemimpin itu menyatakan bahawa Ahmadinejad, 69, berada dalam keadaan selamat sepenuhnya. Beliau dilaporkan tidak berada di lokasi kejadian semasa serangan yang didakwa didalangi oleh Amerika Syarikat dan Israel itu. Bagaimanapun, insiden berdarah itu tetap meragut nyawa apabila tiga orang pengawal peribadi beliau disahkan terkorban. Serangan itu disifatkan sebagai satu tindakan ganas yang menyasarkan kawasan berhampiran kediaman pemimpin berkenaan. Sumber turut menjelaskan bahawa kediaman peribadi Ahmadinejad tidak mengalami sebarang kerosakan fizikal. Lokasi sebenar yang menjadi sasaran bedilan adalah sebuah bangunan lain yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah beliau. Pihak media tempatan Iran sebelum ini turut melaporkan penafian rasmi daripada ahli keluarga bekas presiden berkenaan. Mereka menegaskan bahawa segala khabar angin mengenai kematian beliau adalah tidak berasas sama sekali. Ahmadinejad adalah figura politik yang penting di Iran, setelah berkhidmat sebagai presiden selama dua penggal bermula dari tahun 2005 hingga 2013. Sumber - Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-4-2026 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.029942 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.