|
Batu Pahat: "Saya nak penjara, saya tak ada duit nak bayar (denda)," itu permintaan bekas prebet sapu yang mengaku bersalah atas pertuduhan menggaji dua wanita Indonesia tanpa permit sah sebelum diarah bekerja dalam aktiviti persundalan, bulan lalu.
Majistret Arun Noval Dass kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap tertuduh Ng Thiam Siong, 61, selepas berpuas hati dengan pengakuan disampaikan menerusi jurubahasa dalam bahasa Mandarin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggaji dua wanita warga Indonesia berusia 33 dan 34 tahun yang mana kesemua mereka tidak memiliki permit sah di sebuah rumah di Kangkar Bahru, Yong Peng, 2.30 pagi, 10 Februari lalu. Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 12 bulan atau denda tidak melebihi RM150,000 bagi setiap pekerja asing. Berdasarkan laporan dibuat, polis menerima maklumat berhubung kegiatan aktiviti persundalan di sebuah rumah sebelum melakukan serbuan. Dalam serbuan itu, polis menahan dua wanita warga Indonesia yang ketika itu bersama pelanggan dan pemeriksaan bersama Jabatan Imigresen (JIM) juga mendapati mereka melanggar pas lawatan sosial Kedua-dua tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara di Kluang selepas gagal membayar denda RM5,000 seorang dikenakan terhadapnya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Normaahani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Sumber - Harian Metro
|
Samerosie replied at 7-3-2026 01:25 PM
Prebet sapu ni apa?
Samerosie replied at 7-3-2026 01:25 PM
Prebet sapu ni apa?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-4-2026 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.073135 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.