CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

‘Sebab inilah aku takut beli makanan dekat bazar’ - Pengguna media sosial

6-3-2026 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 743| Komen: 4

 



PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut selepas didakwa menemui ulat dalam makanan yang dibeli di bazar Ramadan membuatkan dia serik untuk membeli juadah.

Menerusi hantaran di Threads oleh @Urfvrnaa, dia berkongsi video menunjukkan hidangan laksa yang di dalamnya kelihatan ulat kecil bersama daun limau purut dan hirisan bawang.

 

Katanya, dia bernasib baik kerana menyedari kewujudan ulat tersebut sebelum sempat menjamah makanan berkenaan.

“Nasib baik aku nampak. Ya Allah, sebab inilah aku takut beli makanan dekat bazar,” ujarnya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pandangan masing-masing di ruangan komen termasuk menjelaskan ulat tersebut biasanya terdapat pada daun limau purut atau daun herba tertentu.

Seorang pengguna @Sarinizainal berkata, ulat tersebut sering ditemui pada daun limau purut atau daun selasih dan pernah berdepan situasi sama ketika memasak.

“Ulat ni memang ‘favourite’ (kesukaan) dia daun limau purut, basil. Pernah je masak, siap tumis, letak dalam pinggan tetapi dia masih hidup,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @Uzaihasra, berpendapat penemuan ulat itu mungkin menunjukkan sayur yang digunakan tidak disembur racun perosak.

“Ni tak apa, angkat dan boleh letak dekat pokok luar. Ini bermakna sayur yang diguna tu tak ada ‘pesticide’, baguslah,” ujarnya.


Sumber - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 6-3-2026 07:13 PM
sumber protein kekdahnya, gitu
Quote lanacondor 7-3-2026 01:17 AM
Kes2 mcm ni selalunya bukan org yg biasa meniaga. Jenis tgk org meniaga untung ko pon sibuk nak meniaga jugak. Xde ilmu pakai taram je tu la jadi kes2 mcm ni. Kesian yg betul2 peniaga yg g kursus makanan ambik injection semua terpalit sekali kene boikot.
Quote prettyuglybabe 7-3-2026 02:47 PM
laksa apa yang guna daun limau purut?
Quote hasniey 8-3-2026 06:34 PM
prettyuglybabe replied at 7-3-2026 02:47 PM
laksa apa yang guna daun limau purut?

Aah ek.laksa biasa guna daun kesum kan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.050577 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top