|
SEGAMAT – Seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, di sini petang semalam akhirnya dapat diberkas pihak polis. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek berusia 20 tahun ditahan pada pukul 3.15 pagi di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Bahru oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Segamat. “Siasatan awal mendapati lelaki itu bukan merupakan penduduk Segamat dan memegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori pembelajaran. Suspek juga tiada rekod lampau dan bebas pengambilan bahan terlarang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
|
annehuda replied at 6-3-2026 04:48 PM
Aik kata warga asing. Sbb memula tu mmg ada dengar dia membebel dlm bahasa asing

akies replied at 6-3-2026 08:50 PM
Aiik..oku pun tau buat perkara tak normal ke.
Pulak tu dlm masjid

Decaffeinated replied at 7-3-2026 12:43 PM
biasanya acik forum akan kecewa bila pelaku seorang OKU.
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059035 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.