|
Datin Seri Zizie Izette memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini wang berjumlah RM2.8 juta yang diterimanya adalah sah dan diberikan secara sukarela sebagai ‘wang pengenalan’.
Memetik Harian Metro, balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin itu berkata dia terkejut akan menerima wang pengenalan itu kerana memperkenalkan FELCRA kepada perunding unit amanah Public Mutual. Sementara itu, Zizie menafikan bersubahat dengan suaminya serta mengakui tidak memaklumkan Bung mengenai wang tersebut. “Ia kerana kami menguruskan hal ehwal kewangan berasingan, dan suami saya tidak terbabit dalam urusan perniagaan ataupun pelaburan saya. “Saya menguruskan perkara itu sendiri. Oleh kerana bayaran pengenalan ini berkaitan dengan urusan peribadi saya, saya rasa tidak perlu untuk memaklumkan kepadanya. “Saya tidak memberikan mana-mana wang daripada jumlah itu kepada suami saya, dan saya juga tidak menggunakan sebarang wang itu untuk suami saya. “Saya tidak memaklumkan perkara ini kepada beliau dan saya sama sekali tidak bersubahat dengan beliau dalam sebarang salah laku,” katanya. Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, memperoleh suapan RM2.2 juta daripada Madhi, bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk lembaga itu membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi produk unit amanah Public Mutual Berhad. Mengikut pertuduhan kedua, beliau didakwa bersubahat dengan Bung Moktar memperoleh suapan RM262,500 daripada Madhi, sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan sama. Sumber: Harian Metro, Rotikaya
|
samssi replied at 6-3-2026 06:54 AM
maaf lah bulan baik bulan mulia ni...
cuma aku nk bgtau apa aku dgr la lama... dah benda ni... mmg e ...
Bulanbaru replied at 6-3-2026 03:35 PM
Mujurlah dapat pi Paris, heret sekeluarga ngan bibik. Rasa nasi ayam Paris Kak Light sambil sedekah2 ...
NuansaBiru replied at 6-3-2026 11:06 AM
Terkejut duit masuk?
Nok, arwah laki kau tu tika tu pengerusi felcra nok.
Ko ghaser ejen public mutu ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.272806 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.