|
JOHOR BAHRU – Tiga lelaki yang beraksi di sebalik maskot katak dicekup dalam operasi khas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semalam.
Operasi yang digerakkan Unit Penguat Kuasa Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru itu dijalankan dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam, susulan peningkatan kes pengemis mengambil kesempatan menggunakan kostum maskot bagi meraih simpati orang ramai, khususnya sepanjang Ramadan. Antara lokasi tumpuan ialah persimpangan lampu isyarat Plaza Angsana serta Jalan Paid Emas 1, yang dikenal pasti sebagai kawasan aktif kegiatan mengemis. Menurut kenyataan JKM, ketiga-tiga lelaki berkenaan dikesan berada di persimpangan lampu isyarat dan di bahagian pembahagi jalan, sebelum dibawa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru untuk siasatan lanjut dan pengambilan maklumat latar belakang. “Hasil operasi, ketiga-tiga individu dibebaskan selepas diberi amaran lisan dan bertulis,” menurut kenyataan itu. JKM turut menegaskan tindakan lebih tegas boleh diambil di bawah Akta Orang Papa 1977 sekiranya mereka mengulangi perbuatan sama selepas menandatangani aku janji di hadapan pegawai penguat kuasa. Sebelum ini, kegiatan kumpulan pengemis bermaskot katak menjadi tular apabila dikesan berlegar di kawasan tumpuan awam bagi mendapatkan wang secara mudah, terutama ketika orang ramai sibuk membuat persiapan berbuka puasa Sumber: Mynewshub
|

supernaturalee replied at 5-3-2026 09:59 AM
kepala je katak
tapi badan, mak limah
tumpanglalu74 replied at 5-3-2026 12:48 PM
Sejujurnye aku kesian..

gigahertz replied at 6-3-2026 12:05 AM
kat dataran penggaram tu ada satu maskot pikachu
u nak bergambar hulur RM 5 .. . nasib baik la i a ...
ninja boy replied at 6-3-2026 12:13 AM
Melayu ka indonesia
Nyanyi2 kugiran depan mall depan kedai makan pun sejenis peminta sedekah
ninja boy replied at 6-3-2026 12:13 AM
Melayu ka indonesia
Nyanyi2 kugiran depan mall depan kedai makan pun sejenis peminta sedekah
dani-rox replied at 6-3-2026 07:32 AM
katak belah kiri preggy tunggu hari nak beranak ke? tp katanya tiga2 jantan. kemain besar perut

ninja boy replied at 6-3-2026 09:14 PM
Tempat ai ni ramai indonesia kugiran nyanyi minta sedekah dpn dlm mall depan market lagu indonesia p ...
wirazam replied at 8-3-2026 01:48 PM
kt tiktok ..pagi pagi ada org indon nyanyi live kat tepi jalan..berkatarbelakangkan kereta lalu la ...
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.043684 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.