CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya tak kacak, pendek, tapi saya ada barang’ - Zahiril Adzim

4-3-2026 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1316| Komen: 8

 



Yakin bakat mengatasi rupa, pelakon Zahiril Adzim percaya industri hiburan tanah air memerlukan lebih ramai anak seni seperti Firdaus Karim yang mempertaruhkan kualiti lakonan berbanding pakej fizikal.

Zahiril atau nama lengkapnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar, 42, menyifatkan kehadiran pelakon yang mempunyai kekuatan bakat satu keperluan untuk memastikan penonton terus disajikan dengan karya bermutu tinggi.

“Saya nak ada lagi ramai Firdaus dalam industri dan saya menunggu ramai lagi kedatangan pelakon hebat, bagus serta berkualiti tanpa ada pakej yang orang lain ada.

“Saya sendiri pun tiada pakej luaran, cuma saya ada ‘barang’. Saya sangat bersyukur penonton makin lama makin buka mata, terima dan tahu.

“Mula-mula nampak dikecam kerana fizikal tapi hujung-hujung kalian rasa lakonan dia, itu yang kita nak dalam penonton kita hari ini. Bila jadi begini, akan ramai pelakon-pelakon macam ini masuk,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon drama Andai Tiada Dia itu tidak menolak kehadiran pelakon yang memiliki pakej paras rupa yang menarik kerana sedar setiap penonton mempunyai cita rasa yang berbeza.

“Tapi saya tidak menolak orang yang ada pakej. Sudah semestinya kita nak ada yang kacak dan cantik untuk mewarnai kita punya industri.

“Sesetengah orang nak tengok filem yang ada hero tampan dan heroin cantik. Tapi kita kena ada pelakon yang bekerjasama seperti Firdaus dalam industri,” katanya lagi.

Mengimbau memori awal penglibatan, Zahiril mengakui tidak terlepas daripada kritikan mengenai fizikal tetapi perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus membuktikan keupayaan diri.

“Waktu awal berlakon ada orang cakap saya tak kacak dan pendek tapi saya tak pernah putus asa sebab say tahu saya ada benda boleh kongsi dengan orang.

“Saya sebenarnya mengharapkan dapat jadi satu ‘benchmark’ orang yang senasib dengan saya. Jangan risau ada tempat kita dalam industri, yang penting berlakon betul-betul.

“Elaklah dari kontroversi dan jaga diri dalam industri sebab saya dah buktikan. Saya harap ramai lagi adik-adik saya yang datang dari UiTM, Aswara atau sekolah seni belajar tentang lakonan masuk industri, kita perlukan orang macam kalian,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, nama Firdaus Karim menjadi tular selepas membintangi drama Doa Yang Terlindung sebagai Ustaz Irfan.

Meskipun, pada mulanya dikritik kerana dianggap kurang kacak untuk memegang watak utama, namun lama-kelamaan penonton mula memuji kehebatan lakonannya yang sangat berkesan. 

Sumber - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 4-3-2026 01:32 PM
Ntah lah... iols tak kisah tak hensem, janji tak nampak kepam, busuk, selekeh, tak semenggah, bulu hidung tak trim, time bercakap air liur berkumpul tepi bibir... biarlah watak aksi ke watak kampung ke, tetap kena nampak presentable...ini kekadang watak korporat or scene biasa2 bukan scene aksi pun selekeh yaa amat.
Quote babelina 4-3-2026 03:42 PM
prince_marhaen: Ntah lah... iols tak kisah tak hensem, janji tak nampak kepam, busuk, selekeh, tak semenggah, bulu hidung tak trim, time bercakap air liur berkumpul t ...


setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Quote vender 4-3-2026 04:25 PM
Zahiril azim ni kategori ada rupa la juga sbg lelaki melayu..bknla buruk sgt. Lgpun org lelaki ni yg penting bersih dan kemas dah hensem dah.
Quote Kancilkering 4-3-2026 05:01 PM
Edited by Kancilkering at 4-3-2026 05:03 PM

dia ni x dek eye sore pun cuma katek je padahal 170cm
suke dia drama dia shaezy sam n nadia nisa

pak ustad tu sama hesem
Quote lovelytouch 4-3-2026 11:32 PM
Heeeyy chuols ketegori jantan melayu yg helok yacchh.. bukan jenis jambu acah2 mulus korean style ewww...
Quote apedehal 5-3-2026 12:46 AM
Kalu u pandai berlakon otomatik nmpak hensem/charming..tu je..yg harap muka tp kayu tu adoiii nk habeskn citer pun xlalu
Quote Lampuled 5-3-2026 01:21 AM
Rupa fizikal tu bonus je. Dlm apa2 bidang pun yg penting attitude.  Btw kalau tgk dlm TV berlakon tak perasan pun dia kurang tinggi cuma bila bergambar dgn org lain tu baru perasan.
Quote Sendawg 5-3-2026 09:43 AM
Bruh 170cm dikira katik T_T

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.038311 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top