CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Lepas Ni Saya Tak Buat Dah Cerita Pasal Curang, Saja Try Je” -Zul Ariffin

4-3-2026 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1672| Komen: 27

 


Pelakon Zul Ariffin memberi bayangan  selepas drama Bisik Asmara dia tidak mahu lagi berlakon naskah bertemakan kecurangan.

Menerusi sesi siaran langsung, Zul berkata selepas ini dia mahu memberi fokus kepada filem serta berkongsikan ada beberapa filem akan ditayangkan.


“Selepas Bisik Asmara drama apa tak ada dah. Saya buat filem lah. InsyaAllah lepas raya ni ada beberapa filem yang nak release. Saya pun tak tahu,” katanya.

Sementara itu, Zul berkata dia berlakon cerita bertemakan kecurangan itu kerana ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

“Lepas ni saya tak buat dah cerita pasal curang. Tak buat dah. Saya tru je. Tak buat dah cerita macam tu.

“Lepas ni kita buat cerita yang lebih gagah. Saja nak tengok juga cerita-cerita macam ni. Cerita curang sekali tu je lah,” katanya.

Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alien88 4-3-2026 11:25 AM
dalam live kemain clear suara abg Zul ni, kalau dkt TV, kena la naikkan volume or baca subtitle bawah.. slow dia bercakap
Quote mamastoney 4-3-2026 12:37 PM
Edited by mamastoney at 4-3-2026 12:40 PM

Dia ckp sekali je tp sebenarnya 2 drama kan, Bisik Asmara dan Perempuan Itu. Tp in reality aku rasa dia ada jugak curang kat Kak Gaya sbb pernah leak gambar dia atas katil dgn female fitness coach dan gambar berpelukan/sebilik hotel dgn pompuan Ukraine. Walopun aku ship dia dengan Sopiah Berkoba (sepadan rupa paras handsome-cantik) tp aku rasa dia masih kapel dgn Kak Gaya. Rugi la kalo kawen Kak Gaya sbb possibility utk beranak tu tipis. Jul kena ada anak, utk wariskan gen handsome dia tu
Quote nuhanis 4-3-2026 12:47 PM
lawak jugak live dia nih. terlalu kat TT,  aku pun tengok la

org utara rupanya dia ni. pekat pulak tu bercakap

lepastu live muka sejengkal dengan kamera. hahaha

tapi best jugak la live dah, lama jugak la aku tgk.

lawak masa dia cakap, bilik dia mcm hotel tokpekkong (hotel cikai kot maksud dia)

konon nak cari view cantik sikit, tapi dia malas. hahah

aku ingat jenis serius2 control macho
Quote JiEunTak 4-3-2026 01:08 PM
tgk dia lam ceta kak limah tu la...
org tepeng mmg cakap utara mcm org penang...

aku rasa lepaih jd tok dukun ceta kak limah tu dia stat x cover dahh cakap utara dia
Quote prince_marhaen 4-3-2026 01:35 PM
Masih dengan Acik Gaya ke? ruginya genetik tak membiak... walaupun dah kantoi cikcap & holiday ngan model...tetap acik Gaya sayang ye... meols also ship dia dengan barkobah.. nampak sedap 2-2... haha
Quote Reira77 4-3-2026 03:32 PM
nuhanis replied at 4-3-2026 12:47 PM
lawak jugak live dia nih. terlalu kat TT,  aku pun tengok la

org utara rupanya dia ni. pekat pulak ...

Heols kalau jadi guest podcast pun best. Dia pandai carry conversation and tak membosankan.
Quote missbigrockstar 4-3-2026 05:22 PM
alien88 replied at 4-3-2026 11:25 AM
dalam live kemain clear suara abg Zul ni, kalau dkt TV, kena la naikkan volume or baca subtitle bawa ...

Ya aku pun terfikir sama clear betul lontaran suara berbanding di TV
Siap selit slang utara. Kampung dia Taiping kan. Orang Taiping ramai juga speaking utara, sama juga org Parit Buntar.
Quote missbigrockstar 4-3-2026 05:27 PM
mamastoney replied at 4-3-2026 12:37 PM
Dia ckp sekali je tp sebenarnya 2 drama kan, Bisik Asmara dan Perempuan Itu. Tp in reality aku rasa  ...


Aku selalu nampak dia ni mcm Hugh Grant. Cara cakap mumbling and tang mata juling ayaq pun sama
Quote Duta lover 4-3-2026 07:06 PM
Ingat lagi masa arwah asyraff meninggal. Dia ada visit kubur..masa tu tatau pun diorang rapat. Aku ada firasat yg zul ni baik (baik tapi bukan alim).
Quote cahaya_almas 4-3-2026 10:32 PM
Dulu zul ni antara hero plg hsome..dlm bisik tu nmpk pelik sgt dh kulit dia..faktor umur maybe  tp tk leh thn suara sia tk kedengaran wei..geram..
Quote Tinot7 5-3-2026 03:07 AM
prince_marhaen replied at 4-3-2026 01:35 PM
Masih dengan Acik Gaya ke? ruginya genetik tak membiak... walaupun dah kantoi cikcap & holiday ngan  ...

Acik gaya keje produser.. byk duit ka..
Quote chandrahusin 5-3-2026 08:16 AM
aku suka je tgk ZA berlakon
cuma itu lah nak tak dgr jelas suara dia
+ dlm Sheriff mcm berkahak bila dia ketawa
nak cerita
ada sekali tu aku singgah beli buah kat 1 kwsn kat Dengkil
bdk jual buah tu ada iras ZA sgt
aku ckp la muka dia mcm ZA
dia kata dia sepupu ZA
tak tau la betul ke tak
Quote Binderclips 5-3-2026 08:26 AM
Tinot7 replied at 5-3-2026 03:07 AM
Acik gaya keje produser.. byk duit ka..

Sbb acik gaya la si zul byk berlakon filem-filem yg best.
Quote alien88 5-3-2026 08:56 AM
missbigrockstar replied at 4-3-2026 05:22 PM
Ya aku pun terfikir sama clear betul lontaran suara berbanding di TV
Siap selit slang utara. Ka ...

kawan iolls dok area Taiping pon ckp slang utara.. tp lawak la live dia, iolls terlayan jugak
mcm forumer lain ckp la, dia bukan jenis yg control macho..
tp dulu handsome, la macam kertu sikit, mcm dia ckp, dah 40 dah
Quote L.U.S.M 5-3-2026 09:48 AM
mamastoney replied at 4-3-2026 12:37 PM
Dia ckp sekali je tp sebenarnya 2 drama kan, Bisik Asmara dan Perempuan Itu. Tp in reality aku rasa  ...

Dia hensem celah mana...just tinggi je..muka petak kecik badan bulky dh mcm buzz light year dh...hmm
Quote L.U.S.M 5-3-2026 09:50 AM
nuhanis replied at 4-3-2026 12:47 PM
lawak jugak live dia nih. terlalu kat TT,  aku pun tengok la

org utara rupanya dia ni. pekat pulak ...


Laki klu ada asset boek,badan tuff,tinggi plak tu..mmg serba serbi pemalas

Sbb dia tahu malas pun blh dpt so buat apa nak jadi rajin

Sbb tu kak gaya je mampu tahan...org lain eg zahirah cabut..
Quote L.U.S.M 5-3-2026 09:51 AM
cahaya_almas replied at 4-3-2026 10:32 PM
Dulu zul ni antara hero plg hsome..dlm bisik tu nmpk pelik sgt dh kulit dia..faktor umur maybe  tp t ...

Kesan steroid la kot
Quote AuntyZaza 5-3-2026 09:54 AM
tetap x suka dia ni.
Quote gangerina 5-3-2026 02:10 PM
Tinot7 replied at 5-3-2026 03:07 AM
Acik gaya keje produser.. byk duit ka..

acik gaya is old money kaka, late bapak dia dato kalau tak silap...attend high school kat SG, Uni kat UK...she was Astro Shaw punya CEO dulu kalau tak silap, now under infinitus company filem andy lau tak wah yg maintain hensem tu....

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.057087 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top