CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Allahyarham Fazita (jemaah umrah yang meninggal dunia di Madinah) paling menjaga solat, aurat dan rajin bersedekah - Rakan Baik

3-3-2026 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1705| Komen: 7

 



PETALING JAYA – Allahyarham Fazita Khalid, jemaah umrah yang meninggal dunia di bumi Madinah disifatkan sangat menjaga solat dan aurat sepanjang hayatnya, selain memiliki peribadi mulia disenangi ramai.

Menurut rakan baiknya, Nurul Akmal, sepanjang persahabatan mereka, arwah dikenali sebagai seorang yang tidak pernah berkira dalam membantu sesiapa sahaja.

Menurut Nurul Akmal, dia dan Fazita yang bersama-sama bekerja sebagai ejen hartanah berkata, arwah juga gemar bersedekah dan memudahkan urusan orang lain.

“Mungkin saya boleh kongsi sikit sepanjang bersahabat dengan beliau. Dia seorang kawan yang tak berkira dalam apa-apa jua. Beradab dan buat orang senang dengan dia.

“Selain itu, Allahyarham seorang yang suka sedekah. Dia juga suka senangkan urusan orang. Kalau dia tersakitkan hati orang cepat-cepat dia minta maaf. Sangat rendah hati rendah diri, suka ‘sorok-sorok’ buat kebaikan,” tulisnya di TikTok.

Dalam soal ibadah pula, Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang amat menitikberatkan solat walau dalam apa jua keadaan.

“Walau sesukar mana sekalipun situasi yang dihadapi, dia tetap berusaha mencari ruang untuk menunaikan solat. Dan dia paling jaga aurat.

“Amalan dia dengan Allah dia tak tunjuk. Sepanjang kawan dengan dia, dia macam kita je biasa tapi dia cuma buat suruhan Allah dengan baik. Itu saya kagum. Dia manusia biasa tapi kematian yang luar biasa,” katanya lagi.

Menurut Nurul Akmal juga, Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi dua hari sebelum tarikh lahirnya dan menghembuskan nafas terakhir pada usia lingkungan 40-an.

Sebelum ini kakak Allahyarham, Rosita Khalid memaklumkan, Fazita menghembuskan nafas terakhir pada 22 Februari kira-kira pukul 3.45 petang waktu tempatan.

Jenazah Allahyarham Fazita merupakan satu-satunya disolatkan di Masjid Nabawi, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Baqi berdekatan makam Rasulullah.

Allahyarham sepatutnya dijadualkan pulang ke tanah air pada semalam (2 Februari).

Bagaimanapun, pada hari kepulangan di Lapangan Terbang Madinah, Fazita dilaporkan mengalami sesak nafas teruk ketika proses daftar masuk penerbangan.

Sementara itu di ruangan komen mendapati beberapa kenalan Allahyarham yang lain juga menyifatkan Fazita sebagai seorang pencinta kucing.

“Betul, selama saya kenal Kak Ita (10 tahun lepas) masa kerja sekali memang Kak Ita sangat menjaga solat dan aurat tu betul sangat. Lepas itu dia suka kucing. Sentiasa ada stok makanan kucing dalam kereta. Gelak dia paling menghiburkan,” kata Didiuc. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE
 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 3-3-2026 04:46 PM
innalillahi wa inna ilaihiirojiun...dpt dikebumikan di Baqi' kan?
Quote tumpanglalu74 3-3-2026 08:33 PM
Bidadari syurge..
Quote lanacondor 3-3-2026 10:49 PM
Salam takziah buat keluarga mangsa.. kematian yg dicemburui
Quote helicornia 5-3-2026 04:30 PM
Lawa.arwah mmg tk kawin ke sbb tkde disebut.yg jaga masa kt hosp pun kakak2 dia
Quote Dalcott 5-3-2026 05:00 PM
innalillahi wa inna ilaihiirojiun.
Quote gigahertz 6-3-2026 12:03 AM
muka dia apsal macam hannah delisha
Quote Blu3butter 6-3-2026 02:10 PM
Innalillahiwainnaillahirojiun

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.110742 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top