|
PETALING JAYA – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan individu yang sebelum ini dikaitkan dengan tindakan memijak al-Quran sebenarnya seorang muslim dan mualaf.
Menerusi hantaran di Threads, Firdaus mendakwa pemuda tersebut memeluk Islam pada 20 April tahun lalu dan menggunakan nama Muhammad Zain. “Dia budak yang baik, sopan santun dan lembut tutur kata. Dia menghubungi saya di Instagram dan mesej bertalu-talu ‘insist’ dan kejar saya untuk mengislamkan dia,” tulisnya. Menurut beliau, pendedahan tersebut mengejutkan dirinya memandangkan tindakan memijak al-Quran mencetuskan kemarahan ramai pihak. “Sejujurnya, saya terkejut. Apa yang berlaku kepada dirinya? Adakah dia dihasut, diprovok atau perkara lain? Saya juga ingin memahami dan membantu,” katanya. Dalam hantaran sama, Firdaus memaklumkan pelajar institusi pengajian tinggi tersebut merupakan mualaf dan mengucap syahadah pada tarikh yang dinyatakan. Sumber : - KOSMO! ONLINE
|
renko replied at 3-3-2026 03:47 PM
ye2 jee
baca berita kata xde rekod mana2
kenapa apek ni lak beriya ni
Decaffeinated replied at 3-3-2026 04:09 PM
tak kan Firdaus Wong berniat menghina Islam

Cyempaka replied at 4-3-2026 01:26 PM
Tiada rekod pendaftaran berkaitan pelajar institusi pengajian tinggi di Pahang, yang didakwa menghin ...

Cyempaka replied at 4-3-2026 01:26 PM
Tiada rekod pendaftaran berkaitan pelajar institusi pengajian tinggi di Pahang, yang didakwa menghin ...
Blu3butter replied at 4-3-2026 02:33 PM
Ala kalau dia ucap syahadah pun kita bukan tahu hati perut dia ikhlas ke tak. Nak pula ada yg kata d ...
Decaffeinated replied at 4-3-2026 11:35 PM
ramai convert sebab nak kawin atau nak jadi bumiputera.
memang jarang sangat yang convert sebab t ...
renko replied at 3-3-2026 03:47 PM
ye2 jee
baca berita kata xde rekod mana2
kenapa apek ni lak beriya ni
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-3-2026 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049764 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.