CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Brian pertahan kenyataan ‘melalak’ PM Anwar, minta fahami konteks sebenar

3-3-2026 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 630| Komen: 4

 



Pelakon, Nadia Brian tampil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penggunaan perkataan “melalak” dalam isu penghinaan terhadap al-Quran yang tular baru-baru ini.

Menurut Nadia, pada awalnya dia sendiri merasakan penggunaan perkataan tersebut kurang sesuai dilontarkan oleh seorang Perdana Menteri kepada rakyat yang sedang marah.

“Dari awal saya rasa perkataan ‘melalak’ tidak sesuai sebagai seorang PM keluarkan kepada rakyat yang tengah marah,” ciapannya di Threads, semalam.

Bagaimanapun, selepas menerima penjelasan daripada rakan-rakan di platform media sosial, Nadia menjelaskan bahawa kenyataan Anwar tersebut perlu difahami secara menyeluruh dan bukan dipetik secara berasingan sehingga menimbulkan persepsi yang mengelirukan.

Tambahnya, berdasarkan penjelasan yang diterima, Anwar dipercayai merujuk kepada golongan tertentu yang hanya bersuara tanpa mengambil tindakan sewajarnya, sebaliknya sekadar melontarkan komen kosong.

“Lepas beberapa penjelasan rakan-rakan di Threads, nampaknya PM merujuk kepada mereka-mereka yang hanya cakap tanpa tindakan dan hanya lontarkan komen kosong,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nadia turut berharap agar individu yang terlibat dalam perbuatan biadab menghina al-Quran dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Saya harap pelaku biadab itu dihukum dengan keras oleh pihak berkuasa,” tambahnya lagi.

Terdahulu, kenyataan Perdana Menteri berhubung isu penghinaan terhadap kitab suci umat Islam itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, khususnya berkenaan penggunaan istilah “melalak” yang dianggap sensitif oleh sebahagian pihak.

Sumber: Threads nadia.brian. OhMyMedia

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-3-2026 03:14 PM
Dah start dah upah retis jadi troopers... tadi DD, skrg Mek Nad pulak...
Quote pocongkiutss 3-3-2026 03:33 PM
Melalak je keje retis2 kaki bodek ni
Quote ketambangkang 4-3-2026 08:21 AM
atas nasihat bakal pak mentua ka tu?
Quote Sendawg 5-3-2026 09:16 AM
Buto...... Dah la sendu pastu nak tunggang isu. Cringe tengok dia tunggang Palestin pergi bergambar depan KLCC and lebih pentingkan imej dia than supporting the cause.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.033157 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top