CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

“Ini bukan budaya Malaysia!” - Perarakan kejut sahur didakwa diketuai warga Indonesia undang kemarahan ramai

3-3-2026 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2729| Komen: 39

 



RAKAMAN video menunjukkan sekumpulan individu berarak sambil memukul sebuah tong yang dijadikan gendang sambil berselawat bagi mengejutkan orang ramai untuk bersahur mencetuskan rasa kurang senang ramai selepas ia tular di media sosial sejak Isnin.

Difahamkan, perarakan yang berlaku di sebuah penempatan di Balakong, Selangor itu diketuai dan disertai warga Indonesia.


Susulan itu Ahli Majlis Fatwa Perlis, Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle tampil memberikan pandangan berhubung amalan tersebut yang menurutnya tidak seharusnya dinormalisasikan di Malaysia.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) berkata, amalan seperti itu berpotensi mengganggu ketenteraman awam.

"Saya harapkan budaya seperti ini tidak dikembangkan dan tidak perlu diteruskan kerana di dalam negara kita ini bukan semua orang dianjurkan untuk bersahur," jelasnya menerusi hantaran di TikTok [Tonton Video].

Jelas Rozaimi, secara umumnya bukan semua individu perlu bangun bersahur, termasuk wanita sedang uzur (haid) atau dalam tempoh nifas, selain bayi dan anak kecil yang memerlukan waktu tidur mencukupi.

"Kalau lakukan perkara ini, kita mengganggu mereka. Bahkan dalam negara kita ada orang bukan agama Islam yang mungkin akan benci kepada Islam sedangkan agama kita tidak menyuruh perkara ini dilakukan.

"Saya tak ada masalah jika kita azan lebih daripada sekali untuk mengejut orang sahur di waktu pagi. Azan pertama sebelum masuk waktu Subuh dan azan kedua tu berlaku pada waktu Subuh," katanya lagi.

Selain itu, Rozaimi turut berharap orang ramai menolak dan tidak mengembangkan budaya tersebut di Malaysia demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk.

Dalam pada itu, beliau memetik pandangan ulama terdahulu, Ibn al-Jawzi yang mengkritik amalan membaca al-Quran di menara tinggi pada waktu malam kerana dibimbangi mengganggu orang sedang tidur.

Di ruangan komen pada video yang tular tersebut, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan berkenaan.

"Bukan ganggu orang bukan Islam je. Muslim beribadah pun terganggu. Orang nak mengaji ke tahjud ke. Ada orang yang bersahur tak sama masa dengan kita.

"Ni budaya mana ni? Orang Malaysia tak pernah buat macam ni. Jangan buat kerja bodoh boleh tak? Malaysia ni bukan satu kaum je, ada banyak.

"Hormat privasi kaum lain. Ini bukan budaya Malaysia, jangan bawa ke sini. Buat dekat negara masing-masing," komen beberapa netizen.


Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 3-3-2026 02:07 PM
Tradisi flat katanya,apa ketua flat tu org indon ke?
Quote mejaputih 3-3-2026 04:16 PM
hart_attack replied at 3-3-2026 02:07 PM
Tradisi flat katanya,apa ketua flat tu org indon ke?

iye la tu...balakong tu sarang foreighners...elok imigresen datang time tu....
Quote PULANGKAN 3-3-2026 04:45 PM
mejaputih replied at 3-3-2026 04:16 PM
iye la tu...balakong tu sarang foreighners...elok imigresen datang time tu....

iols terbayang, diorang baru nak ketuk sahur besok, tiba2 kena kepung imigresen polis

tapi betul la, kalau anak aku masih baby, terbangun sebab bising ni, memang semua aku flying kick
Quote mejaputih 3-3-2026 04:47 PM
PULANGKAN replied at 3-3-2026 04:45 PM
iols terbayang, diorang baru nak ketuk sahur besok, tiba2 kena kepung imigresen polis

tapi bet ...

iye la, kita nk tenang2 bangun sediakan sahur...
Quote Dalcott 3-3-2026 04:51 PM
kuat giler. ni nak kejut sahur ke nak concert
Quote Manjahati 3-3-2026 05:16 PM
Budaya ngarut indon ni tolong jgn dibagi muka
Quote Skuau 3-3-2026 05:30 PM
DIKETUAI WARGA INDON.....
Quote ninja boy 3-3-2026 05:56 PM
Org indon mmg tarak hormat jiran tetangga
Quote airfilterkotor 3-3-2026 07:01 PM
Tradisi ni dalam lingkungan Nusantara, dah macam jatuh wajib... kalau tak buat ko kena cerca kena label macam-macam.

Tengok Konoha cukup. Macam-macam tradisi.
Setakat tradisi ketuk tong bising pagi buta kejut sahur tu... picisan jer.
Kami ada yang lagi hebat.
Hikayat mengarut, puja kubor wali, teraweh roket, sembah gunung dan laut (hari tertentu).... semua ni tradisi yang dah pegang lama dalam Isele.

Nak heran apa...




Quote airfilterkotor 3-3-2026 07:06 PM
Ada pepatah kata "Biar Mati Anak Jangan Mati Adat."
Punya la menebal sentimen tradisi tu sampaikan status adat lagi penting dari anak.

Kalau anak dah mati, nak sambung adat amende matt?
Quote Purestteam1 3-3-2026 07:25 PM
mula² niaga tengah jalan... hmmn
Quote FOTHER-MUCKER 3-3-2026 07:30 PM
Bagi warning kepada mereka ini Malaysia. Di Japan pun mereka buat benda yang sama.
Quote cmf_jeangrey 3-3-2026 08:03 PM
Yang diusung tu apa?
Kuat betul
Yg aneh2 je la bangsa nusantara ni

Quote Suchi 3-3-2026 10:09 PM
hart_attack replied at 3-3-2026 02:07 PM
Tradisi flat katanya,apa ketua flat tu org indon ke?

IMG_6944.jpeg

Kat Selangor ni baling batu kat 10 orang
11 orang daripadanya mak pak asal ic merah
Membiak dan terus membiak lalu jd menteri
Quote n3ar 4-3-2026 08:24 AM
cuba cakap kawasan mana yang bukan sarang warga asing kat lembah klang ni?

balakong/cheras - indon
segambut - indon
pantai dalam - indon
seri kembangan/serdang - indon/rohingya
kampung baru - indon/rohingya/bangla
shah alam - rohingya/indon/bangla
kajang,bangi, sungai buloh, gombak,kuala selangor,hulu langat, eh semua la geng konoha ni dah meresap
Quote dani-rox 4-3-2026 11:03 AM
lagi 20thn dia org ni pun tuduh org Msia curi 'budaya' caprut nih, padahal kalo diikutkan mati pastu idop semula pun weols tak hingin nak claim
Quote Skuau 4-3-2026 12:19 PM
Aman Koboi...mohon terajang muka indon ni...cam ko buat kt byon aritu
Quote Decaffeinated 4-3-2026 12:27 PM
Demi agama, tiada istilah 'too much' untuk yang percaya.
Quote kubong 4-3-2026 01:12 PM
tengah sedap diorang bergendang...baling mercun je supaya diorang tahu rakyat Malaysia tak suka amalan ni

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070020 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top